Tag: Segamat
-
Blok asrama SMK Seri Kenangan di Segamat terbakar
SEBUAH blok bangunan asrama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan di Segamat terbakar pada awal pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Aizad Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.58 pagi dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 20 anggota. “Pasukan keluaran operasi bertindak membuat pemadaman menggunakan…
-
Tiga lelaki maut termasuk dua rentung dalam kemalangan di Segamat
TIGA lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat, petang semalam. Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zairy Marinsah berkata ketika kejadian pada pukul 6.30 petang itu kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta dan kenderaan jenis Mercedes Benz. “Pemandu…
-
Cheras, Seberang Jaya dan Segamat catat IPU tidak sihat
TIGA daerah – Cheras, Seberang Jaya dan Segamat – merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pagi ini. Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, bacaan IPU di tiga daerah itu masing-masing ialah 151, 145 dan 108 pada 9 pagi. Kualiti udara di tiga daerah itu kekal merekodkan bacaan tahap tidak sihat sejak malam…
-
Dua remaja lemas ketika mandi sungai di Segamat
DUA remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi di Sungai Pulau Jering di Kampung Bukit Tunggal di Segamat, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata mangsa Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12, dan Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, yang tinggal berjiran itu masing-masing merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah.…
-
Segamat, Kota Bharu rekod kualiti udara tidak sihat
SEGAMAT dan Kota Bharu merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pagi ini. Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, bacaan IPU di dua daerah itu masing-masing adalah 126 dan 111 pada 9 pagi. Kualiti udara di Segamat menurun sejak 3 pagi tadi dan terus merekodkan bacaan tidak sihat sehingga kini, sementara Kota Bharu…
-
Banjir: Peniaga di Segamat lelong barang hingga 50 peratus
LELONG, lelong, 50 peratus! Jeritan Liau Chin Ping, peniaga barangan beg, kasut dan pakaian di bandar Segamat, yang memanggil orang ramai datang ke kedainya, pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kedai berkenaan. Wartawan Bernama, yang kebetulan melalui kedai berkenaan bagi membuat tinjauan pascabanjir yang melanda bandar itu beberapa hari lepas, tidak ketinggalan tertarik menjengah…
-
Tidak perlu darurat bencana, hujan semakin berkurangan – PM
KERAJAAN hari ini mengekalkan keputusannya untuk tidak mengumumkan darurat bencana di Johor, susulan jangkaan cuaca yang dilihat semakin baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Keputusan kerajaan tidak umumkan darurat kerana jangkaan hujan sudah mula berkurangan dan di beberapa tempat (banjir) dah surut, walaupun ada beberapa tempat yang ada (banjir) termenung ni, tetapi tidak perlu…
-
Banjir: 89 calon SPM terkandas, tidak dapat duduki peperiksaan
SERAMAI 89 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini terkandas kerana banjir dan tidak hadir mengambil kertas peperiksaan mereka hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norliza Noh, berkata semua pelajar yang terkandas itu membabitkan lapan pusat peperiksaan iaitu enam di Segamat dan dua di Kluang. “Seramai 89 calon SPM di Segamat…
-
Nenek nekad bawa peti sejuk, mesin basuh ke PPS
SEORANG warga emas nekad membawa perkakas rumah termasuk peti sejuk dan mesin basuh ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Komuniti Kampung Tasek, Gemereh di sini setelah rumahnya dilanda banjir. Khatijah Othman, 75, ingin menyelamatkan peralatan berkenaan setelah kediamannya di Kampung Seberang Batu Badak sering dilanda banjir iaitu pada Januari, November dan Disember tahun lepas,…