Banjir: 89 calon SPM terkandas, tidak dapat duduki peperiksaan

0
161

SERAMAI 89 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini terkandas kerana banjir dan tidak hadir mengambil kertas peperiksaan mereka hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norliza Noh, berkata semua pelajar yang terkandas itu membabitkan lapan pusat peperiksaan iaitu enam di Segamat dan dua di Kluang.

“Seramai 89 calon SPM di Segamat dan Kluang terkandas dan tidak hadir menduduki kertas peperiksaan mereka setakat jam 10.30 pagi tadi.

“Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sedang memantau keadaan terkini terutama membabitkan keselamatan calon di semua pusat peperiksaan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here