Tag: Sarawak
-
Kucing kena culik, pemilik diugut sedia wang tebusan RM6,000
SEORANG lelaki berdepan ugutan selepas kucing peliharaannya diculik dan penculik turut meminta wang tebusan sebanyak RM6,000 jika mahu haiwan itu dikembalikan dengan selamat. Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, kucing itu dilaporkan hilang pada 1 Sept lalu di sebuah kawasan di Taman Kwan Ming, Kuching, Sarawak. Menurut aduan pemilik, penculik mengugut untuk melemparkan kucing ke dalam sungai…
-
[VIDEO] Winnie Albert syukur diri lebih dikenali, terbuka terima tawaran ke pentas lebih besar
SIAPA sangka hanya disebabkan satu video tular dirinya menyanyi, nama individu ini mula mendapat perhatian dan meniti di bibir orang ramai bukan sahaja di dalam negara, malah di beberapa negara Asia Tenggara. Masih terkejut dengan keadaan dirinya sedang mendapat perhatian ramai, insan yang tular selepas menyanyikan lagu ‘Percayalah’ dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Winnie Albert,…
-
PKR lantik Pengerusi MPN Sabah, Sarawak
PKR hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Sarawak bagi penggal 2022 hingga 2025. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berkata, di Sarawak jawatan itu akan disandang oleh Ketua Cabang, Baram Roland Engan manakala MPN Sabah dipengerusikan oleh Ketua Cabang Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam. “Saudara Roland…
-
PDRM kaji semula pemindahan anggota terlibat salah laku ke Sabah, Sarawak
KEPUTUSAN berhubung pertukaran sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut di Gombak baru-baru ini, ke Sabah dan Sarawak akan dikaji semula. Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah membuat semakan dengan pejabat Pesuruhjaya Polis Sarawak, dan dimaklumkan bahawa belum ada anggota yang dimaksudkan melaporkan diri di Kontinjen…
-
Lelaki maut dibaham buaya
SEORANG pemuda ditemukan maut dibaham buaya awal pagi tadi selepas dilaporkan hilang ketika memancing di Kampung Seberang Meludam, Saratok, Kuching, pada Selasa. Mayat mangsa, Abang Mohd Norazat Abang Salim, 27, ditemui terapung oleh bapanya sendiri bersama tiga lagi penduduk kira-kira pukul 2 pagi berdekatan loji air Meludam di kawasan hulu sungai yang terletak sejauh 2.1…
-
Lapan rumah musnah dalam kebakaran awal pagi
LAPAN buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Sebiew, di sini, awal pagi Sabtu. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4 pagi. “Dua jentera dengan kekuatan 16 anggota diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Kidurong. “Sekitar jam 4.33 pagi, pasukan yang…
-
[VIDEO] Rumah panjang persis banglo mewah
SEBUT sahaja rumah panjang, rata-rata masyarakat di negara ini pasti membayangkan reka bentuk rumah kayu bersambung bagi memuatkan sekumpulan penduduk setempat yang terletak di kawasan pedalaman Sarawak. Namun, rumah tradisi Bumi Kenyalang itu kini telah melalui revolusi reka bentuk luaran dan dalaman seiring peredaran zaman yang semakin maju dan moden. Terbaharu, satu video memaparkan suasana…
-
Lelaki lemas di Empangan Bakun
LELAKI yang dilaporkan hilang di Ulu Naha Nyabong, di hulu Empangan Bakun, Sarawak, Selasa lalu ditemukan lemas, malam tadi. Mayat Heli Nyalong, 36, ditemukan terapung oleh penduduk kampung pada jam 9.40 malam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa timbul berdekatan dengan perahunya yang ditemukan hanyut sebelum…
-
PBB bukan lagi parti kampung – Abang Johari
PARTI Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah berjaya mengatur langkahnya dalam membawa Sarawak ke era pembangunan yang seiring dengan perkembangan semasa dunia. Presidennya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata parti itu kini tidak lagi terhad kemampuannya dalam memperjuangkan isu tempatan negeri tetapi sedang memacu potensi baharu yang boleh meningkatkan nama Sarawak di peringkat antarabangsa. “PBB bukan lagi…
-
Lelaki maut, MPV terbabas hempap bumbung rumah
SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan menghempap bumbung sebuah rumah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, Sarawak, pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Serian, Bilong Usat, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.55 pagi tadi itu membabitkan mangsa berusia 50-an yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota…