Tag: SAR
-
Bayi ditemukan lemas dalam parit
SEORANG bayi lelaki berusia 18 bulan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di hadapan kediamannya di Jalan Kwong Ming, Sibu, hari ini. Mayat Sia Chin Hang dijumpai dalam anggaran jarak 600 meter dari kediamannya oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 2.10 petang. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…
-
Tanah runtuh: Nadma fokus soal pengurusan pasca bencana
BIARPUN operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali telah berakhir secara rasmi 12 tengah hari tadi, namun kerajaan akan terus membantu mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd…
-
Tragedi Batang Kali, misi SAR ditutup jam 12 tengah hari
KETUA Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm di sini, ditutup secara rasmi pada jam 12 tengah hari ini. Beliau berkata, misi itu ditamatkan selepas pasukan SAR merumuskan tiada lagi mangsa tragedi terbabit dilaporkan hilang atau belum ditemui, selaras Arahan 20…
-
Jasad Wahab ditemukan lebih 60 jam terjatuh air terjun
MAYAT Abdul Wahab Mat Sulaiman, yang terjatuh dari tingkat lima air terjun ketika menyelenggara saluran paip Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, di Besut, Khamis lalu, akhirnya ditemukan pagi ini selepas lebih 60 jam. Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid, mayat mangsa ditemukan di tingkat dua air terjun di…
-
Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa terakhir ditemui
MAYAT mangsa ke-31 dan terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali – Gohtong di Hulu Selangor, berjaya ditemui hari ini. Mayat yang dipercayai kanak-kanak lelaki itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 4.50 petang. Penemuan mayat mangsa disahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). “Alhamdulillah mayat terakhir telah…
-
Tanah runtuh: Anggota APM pengsan sewaktu bertugas
SEORANG anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, pengsan dipercayai akibat keletihan melampau. Jurucakap APM Selangor berkata Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffrey dari cawangan Sabak Bernam pengsan kira-kira 1 tengah hari tadi dipercayai akibat cuaca…
-
Operasi cari mangsa terakhir guna 9 jengkau, 10 anjing pengesan K9
PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan khidmat 10 anjing pengesan K9, termasuk sembilan jengkaut dalam usaha menjejak satu lagi mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, Batang Kali, hari ini. Semalam, walaupun cuaca dilaporkan baik namun operasi berkenaan ditangguhkan sementara pada 11 malam atas faktor keselamatan pasukan mencari.…
-
Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini pada Jumaat lepas, diteruskan hari ini. Operasi yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam. Setakat ini, tragedi berkenaan meragut…
-
Tanah runtuh: Lebih 80 peratus kawasan runtuhan digali,diperiksa-Bomba
LEBIH 80 peratus kawasan runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini telah diperiksa anggota penyelamat setakat ini bagi mencari baki sembilan lagi mangsa yang masih hilang. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata faktor tanah yang lembut dan cuaca hujan yang menyumbang kepada takungan air di bawah…
-
Tanah runtuh Batang Kali: Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa diteruskan
MEMASUKI hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C…