Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa terakhir ditemui

0
280

MAYAT mangsa ke-31 dan terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali – Gohtong di Hulu Selangor, berjaya ditemui hari ini.

Mayat yang dipercayai kanak-kanak lelaki itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 4.50 petang.

Penemuan mayat mangsa disahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Alhamdulillah mayat terakhir telah berjaya ditemui pada hari ke-9 sejak berlaku kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali,” katanya dalam hantaran di Facebook, lapor WartaRakyat.

Difahamkan, mayat mangsa ditemukan di Sektor A kerana usaha pencarian pada hari ini ditumpukan di sektor berkenaan.

Mayat mangsa, yang juga seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 11 tahun itu difahamkan dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Tragedi runtuhan yang berlaku pada pada 2.42 pagi, 16 Dis lepas meragut 31 nyawa, manakala 61 lagi selamat.

Seramai 92 mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here