Tag: samun
-
Polis tahan dua lelaki terbabit kejadian samun kedai serbaneka
TIDAK sampai 24 jam selepas menerima laporan mengenai kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Ahad lepas, polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terbabit di sebuah taman perumahan di Teluk Intan awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata kedua-dua suspek yang berusia…
-
Bapa bawa anak OKU samun kedai serbaneka
SEORANG penganggur sanggup membawa anak lelakinya, kanak-kanak OKU berusia 12 tahun, ketika melakukan jenayah samun di sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam, Melaka, Jumaat lepas. Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata, kejadian pada 1.30 tengah hari itu dilaporkan pekerja premis berkenaan. Pekerja wanita itu memberitahu polis beliau disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau, yang turut…
-
Kes samun bersenjata di kedah tumpas, dua penjenayah ditembak mati
BEBERAPA siri kes samun bersenjata di Kedah tumpas selepas dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Gurun pada 10 Dis. Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata dua lelaki berusia lingkungan 60-an dan 40 an yang menaiki kereta jenis Proton Iswara itu cuba melarikan diri dengan memecut laju…
-
Samun guna pistol mainan, penganggur direman enam hari
SEORANG pengganggur direman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes samun kedai emas dengan senjata pistol mainan di Jalan Sultan Iskandar di sini, semalam. Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd Darus mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret Ipoh. Suspek yang berusia 32 tahun mengalami patah tangan kiri…
-
7 lelaki bertopeng, berparang larikan hasil samun bernilai RM80,000
TUJUH lelaki bertopeng dan bersenjatkan parang melarikan wang tunai serta barang kemas bernilai kira-kira RM80,000 pada kejadian samun di sebuah rumah di Sidam Kiri dekat sini, jam 3 pagi semalam. Ketika kejadian, penghuni rumah yang juga wanita warga emas berusia 67 tahun bersama anak lelaki, menantu dan lima cucu sedang tidur serta berehat sebelum dikejutkan…
-
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat samun
POLIS berjaya menahan tiga daripada empat lelaki yang dipercayai menetak serta menyamun seorang pemborong dan pembekal sayur di Pasar Parit Buntar semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi memberhentikan kereta Proton Waja dinaiki kesemua lelaki berkenaan di sekitar kawasan Parit Buntar. “Kira-kira 4 petang, anggota daripada…
-
Enam ditahan terbabit kes samun berkumpulan
POLIS berjaya menahan enam suspek yang dipercayai terbabit dalam kegiatan samun berkumpulan seorang lelaki membabitkan kerugian sekitar RM13,000. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, polis menerima laporan berhubung kes itu yang berlaku di Jalan Khoo Peng Loong di sini pada jam 11.30 malam kelmarin. “Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun cedera…
-
Lelaki langgar kereta, samun wanita diburu polis
POLIS memburu seorang lelaki selepas didakwa terlibat kejadian langgar dan samun seorang wanita di Lorong Stampin, Kuching, Sarawak hari ini. Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku apabila suspek melanggar belakang kenderaan dipandu mangsa sebelum melakukan samun. Katanya, susulan itu polis membuka tiga kertas siasatan mengikut…
-
Polis siasat cubaan samun rumah guna parang
POLIS sedang menjalankan siasatan terhadap insiden cubaan samun oleh seorang lelaki di sebuah rumah sebagaimana yang dipaparkan dalam satu video di sebuah akaun TikTok. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan yang mengesahkan perkara itu berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah rumah di Taman Tasek Indra di sini, pada pukul 6.40 petang, 5 Ogos lalu.…
-
Remaja mengaku tidak bersalah rogol wanita di hotel bajet
TINDAKAN kejam seorang remaja yang didakwa melakukan samun sebelum merogol seorang wanita di sebuah hotel bajet, minggu lalu membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh hari ini. Memetik laporan Astro Awani, tertuduh, K.P Suren, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Mengikut pertuduhan…