Tag: RUU
-
Rang Undang-undang: Larang rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 dan seterusnya
RANG Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memilik produk tembakau atau peranti merokok dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Menurut rang undang-undang itu, individu berkenaan yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti…
-
Dewan Rakyat luluskan RUU Anti-Gangguan Seksual
Rang Undang-undang Anti-Gangguan Seksual 2021 (AGS 2021) diluluskan sebulat suara pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu. RUU itu diluluskan selepas perbahasan melibatkan 26 Ahli Parlimen yang dibentangkan sejak semalam dan hari ini untuk bacaan kali ketiga. “Rang Undang-undang ini penting dan berketepatan pada masanya kerana kita akan tamatkan menormalisasikan gangguan seksual. “Rang Undang-undang ini adalah…
-
Kabinet sebulat suara setuju draf RUU anti-lompat parti – Wan Junaidi
KABINET sebulat suara bersetuju termasuk tiada persoalan dibangkitkan berhubung draf Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, bermula 18 Julai. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memaklumkan perkara itu selepas ia dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, semalam. Katanya, sehubungan itu…
-
RUU dana politik: Tak perlu bincang terlalu lama – Wan Saiful
KERAJAAN diminta menyegerakan konsultasi dengan parti-parti politik mengenai akta pendanaan politik. Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, usaha itu perlu supaya draf akta tersebut boleh dikongsi dengan semua pemegang taruh agar ia dapat dimuktamadkan untuk dibawa ke Parlimen. Menerusi satu kenyataan hari ini, Wan Saiful berkata, pendanaan politik…
-
Kerajaan – pembangkang perhalusi kandungan RUU Anti Lompat Parti 31 Mac ini
KERAJAAN dan Pakatan Harapan (PH) dijadualkan bertemu pada Khamis ini (31 Mac) bagi memperhalusi dan mengemas kini beberapa perkara, berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti sebelum ia dibentangkan pada sidang khas Parlimen, 11 April depan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pertemuan itu akan melibatkan Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi…
-
RUU Anti Lompat Parti dijangka dibentang April ini
RANG Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka dibentang pada Sidang Khas Parlimen bulan depan, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook. Beliau berkata perkara itu antara komitmen yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada pertemuan hari ini. Pertemuan itu turut disertai pemimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha…
-
Terma ‘lompat parti’ perlu lebih jelas, elak isu berbangkit – Hamzah Zainuddin
SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mahu Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti diperincikan dengan memberikan definisi tepat berhubung terma ‘lompat parti, sebelum dibentang untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, RUU berkenaan perlu mengetengahkan definisi ‘lompat parti’ yang boleh diterima semua pihak bagi mengelak isu…
-
Dua RUU dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
RANG Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022, yang antara lain bertujuan mengadakan peruntukan ketidakpakaian Perkara 119 kepada Raja-raja berhubung pendaftaran pemilih, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Rang Undang-undang bagi meminda Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu bertujuan memasukkan Perkara baharu 119A yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh dengan persetujuan Majlis Raja-raja menetapkan suatu pengecualian kepada…
-
RUU Anti Lompat Parti akan dibentang di sidang khas Parlimen
RANG Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri Sehingga 10 Tahun akan dibentangkan pada sidang khas Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia akan dibentangkan sebaik sahaja pendapat dan input daripada semua pihak diperoleh, sesi libat urus selesai…
-
RUU Antigangguan Seksual sedia dibentang bacaan kali kedua
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuat persiapan rapi dan bersedia membentangkan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual pada mesyuarat Parlimen bagi penggal kelima yang dijangka bersidang bermula 28 Februari hingga 24 Mac depan. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, rang undang-undang itu seiring dengan agenda kerajaan untuk mempertingkatkan kesejahteraan dan keselamatan dalam menangani ketidaksamaan gender. Beliau…