Tag: Rosnazirah Mohd Naim
-
Penculik wanita ejen jualan kosmetik dipenjara 56 bulan
SEORANG buruh dijatuhi hukuman penjara 56 bulan oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan menculik wanita ejen jualan kosmetik di Kampung Semat Jal, Tumpat, September tahun lalu. Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafizi Mohd Arifin, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama Chek Norhafizzi Chek Nor,…
-
Suspek culik Azie masih di Kelantan
POLIS percaya beberapa suspek yang disyaki terlibat dengan penculikan ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd.Naim, 36, atau Azie masih berada di negeri ini dan usaha mengesan kesemua individu tersebut sedang giat dijalankan. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dua daripada suspek yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan. Katanya, salah seorang…
-
Saya ‘disorok’ dalam inap desa di Laos – Azi
“SETIAP hari ketika dalam tahanan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Rosnazirah Mohd Naim. Rosnazirah, 36, yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarga, petang semalam. Memetik laporan Harian Metro, ejen jualan kosmetik itu berkata,…
-
[VIDEO] Air mata kegembiraan sambutan kepulangan ejen produk kosmetik yang diculik
EJEN jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, dekat sini pada 13 Sept, hari ini diserahkan polis kepada ahli keluarganya di Jalan Kelochor, di sini. Kepulangan Rosnazirah, 36, disambut dengan tangisan kegembiraan oleh kedua ibu bapa serta anggota keluarganya yang lain, termasuk anak perempuannya yang berusia 13 tahun. Turut…
-
Ejen produk kosmetik yang diculik berada dalam keadaan baik – Polis
SEORANG ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, pada 13 Sept lepas berada dalam keadaan baik, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. Beliau berkata mangsa kini berada di Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat. “Tiada sebarang bayaran dibuat sepanjang kehilangannya dan saya…