Tag: rentas negeri
-
Lagi empat peratus untuk kebenaran rentas negeri: KJ
KADAR vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka. Dengan perkembangan yang memberangsangkan itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri. Menerusi perkongsian di Twitternya, Khairy menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri. “Dengan lebih banyak kelonggaran yang…
-
Kebenaran rentas negeri dijangka bulan depan – Muhyiddin
KEBENARAN rentas negeri dijangka akan dapat dilakukan bulan hadapan (Oktober) bersandarkan kepada data selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPN Bilangan 3/2021 di sini hari ini. Turut hadir pada mesyuarat…
-
Rentas negeri dijangka tidak cetus gelombang COVID-19
KEBENARAN pergerakan rentas negeri dijangka tidak mencetuskan gelombang peningkatan kes COVID-19 sekiranya kadar imunisasi mencapai 90 peratus. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebarang lonjakan kes penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat berpunca daripada perkumpulan atau perhimpunan. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang sebarang risiko lonjakan kes positif di negara ini. “Betul,…
-
Boleh rentas negeri jika capai 90 peratus vaksinasi: PM
RAKYAT dibenarkan merentas negeri dengan syarat negara sudah mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini, berkata perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya hari ini. Selain itu, beliau memaklumkan, kerajaan turut membenarkan pembukaan…
-
PDRM tolak 114,474 permohonan rentas negeri sejak 1 Jun
SEBANYAK 114,474 permohonan merentas negeri ditolak sejak 1 Jun lepas kerana tidak memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, antara sebab permohonan ditolak adalah kerana gagal menunjukkan dokumen perubatan berkaitan dan bukan pasangan jarak jauh. Beliau berkata, ada juga yang dikesan menyalahgunakan…