Lagi empat peratus untuk kebenaran rentas negeri: KJ

0
367

KADAR vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Dengan perkembangan yang memberangsangkan itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Khairy menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri.

“Dengan lebih banyak kelonggaran yang diberikan, pastinya aktiviti berkumpulan akan dilakukan. Sehubungan itu, setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing.

“Mereka yang mengalami simptom perlu segera mendapat dan melakukan ujian saringan melalui kit kendiri. Sekiranya didapati positif, segera lakukan proses isolasi,” katanya.

Seramai 20,317,843 atau 86.8 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap divaksinasi sehingga jam 11.59 malam tadi.

Susulan itu, pelaksanaan kelonggaran rentas negeri pada bulan ini semakin hampir apabila negara hanya memerlukan 3.2 peratus saja lagi untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan, rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here