Tag: renjatan elektrik
-
Lelaki maut terkena renjatan elektrik di Bidor
SEORANG lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Coldstream, di Bidor hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa yang berusia lingkungan 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Pihak bomba terima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu…
-
Pekerja hotel Labuan maut terkena renjatan elektrik tiang lampu
SEORANG pekerja hotel maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan yang bervoltan tinggi di pusat bandar tengah malam tadi. Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ryandeigo Roselee, 18, yang berasal dari Sook, Keningau, Sabah. “Remaja itu tersentuh tiang lampu bervoltan tinggi ketika berjalan di laluan berbumbung sepanjang…
-
Renjatan elektrik punca kematian pelajar UUM
POLIS mengesahkan kematian seorang pelajar di asrama penginapan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok pada Mei tahun lalu, adalah berpunca akibat terkena renjatan elektrik (electrocution). Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian pelajar berkenaan di asrama penginapan universiti itu pada pada 21 Mei 2022. Susulan daripada laporan itu,…
-
TNB siasat kejadian tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan menjalankan siasatan mengenai kejadian tiga beradik perempuan yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kediaman mereka dilanda banjir di Tumpat, Kelantan, pada pagi Isnin. TNB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga dan polis bagi menyiasat kejadian yang berlaku di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat. “Orang ramai…
-
2 maut terkena renjatan elektrik di Papar
DUA lelaki dipercayai kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki lampu jalan dalam kejadian di Apartment Bukit Melinsung, Papar pagi ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 8.25 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar…
-
Lori bawa jengkaut tersangkut kabel, dua maut kena renjatan elektrik
DUA lelaki maut terkena renjatan elektrik apabila lori dinaiki mereka yang membawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian iru berlaku di Jalan Kampung Semalau, Tanjung Manis pada jam 9.50 pagi pada Jumaat. Katanya, kejadian itu turut menyebabkan lori berkenaan terbakar. Jurucakap itu berkata Bilik Kawalan Balai Bomba and Penyelamat Tanjung…
-
Lelaki maut terkena renjatan elektrik
SEORANG lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di pekarangan sebuah rumah di Kampung Numbak di Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi. Pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.…
-
Bapa, anak maut dipercayai terkena renjatan elektrik
DUA beranak keturunan Orang Asli maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menangkap ikan menggunakan peralatan diperbuat daripada bateri kereta di Temerloh, semalam. Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang juga seorang bapa berusia 45 tahun dan anak lelakinya berumur 16 tahun ditemukan pada 3.40 petang dalam keadaan terbaring di tepi sungai…