Lori bawa jengkaut tersangkut kabel, dua maut kena renjatan elektrik

0
325

DUA lelaki maut terkena renjatan elektrik apabila lori dinaiki mereka yang membawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian iru berlaku di Jalan Kampung Semalau, Tanjung Manis pada jam 9.50 pagi pada Jumaat.

Katanya, kejadian itu turut menyebabkan lori berkenaan terbakar.

Jurucakap itu berkata Bilik Kawalan Balai Bomba and Penyelamat Tanjung Manis menerima panggilan terus ke balai Itu yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis terus bergerak ke lokasi kejadian dan setibanya di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah lori yang membawa jengkaut yang tersangkut pada kabel elektrik.

“Dua lelaki ditemui tidak sedarkan diri, berkemungkinan terkena renjatan elektrik dan telah disahkan meninggal oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Bagaimanapun, katanya, setakat berita ini ditulis pihaknya masih belum mendapat maklumat mengenai dua mangsa yang maut itu.

Katanya, anggota Bomba membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula (Hose reel) dari jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

Setelah selesai memeriksa lokasi kebakaran dan memastikan kebakaran padam sepenuhnya anggota seterusnya berangkat balik kebalai. Turut berada di tempat kejadian pasukan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here