Tag: rasuah
-
Tak puas hati keputusan Mahkamah Tinggi, Rosmah kemuka rayuan
DATIN Seri Rosmah Mansor hari ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Rosmah, 70, memfailkan notis rayuan tersebut menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Rayuan menerusi e-mel. Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah…
-
Bung Moktar, isteri diarah bela diri kes rasuah RM2.8j
MAHKAMAH Sesyen hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. BH Online melaporkan Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan suami isteri berkenaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan…
-
Keputusan kes Bung Moktar, isteri dijangka pukul 3 petang ini
KEPUTUSAN sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad atau dibebaskan, akan diumumkan Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob dijadualkan memberi keputusan di akhir…
-
Pembelaan Rosmah penafian kosong semata-mata – Hakim
PEMBELAAN Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak adalah penafian kosong semata-mata. Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya berkata secara ringkasnya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap ketiga-tuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah. “Mahkamah hendaklah, pada akhir perbicaraan mempertimbangkan…
-
Bersalah kes rasuah projek solar: Rosmah dipenjara 30 tahun, denda RM970 juta
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, ke atas Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib…
-
Rosmah bersalah ketiga-tiga pertuduhan rasuah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap Rosmah. Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta…
-
Kes rasuah projek solar: Rosmah fail permohonan saat akhir singkir Hakim Mohamed Zaini
DATIN Seri Rosmah Mansor yang dijadual mengetahui keputusan kes rasuahnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion esok, memfailkan permohonan di saat akhir supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes itu. Permohonan itu difailkan atas alasan tular di media massa dan elektronik pada 26 Ogos lepas berkenaan berlakunya kebocoran…
-
Ahmad Zahid selesai beri keterangan selepas 17 hari bela diri kes rasuah
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan setelah 17 hari membela diri terhadap kes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbdudi (YAB) yang dihadapinya. Ahmad Zahid, 69, memberikan keterangan bersumpah dari tempat saksi di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bermula 13 April lepas dengan menafikan segala dakwaan terhadapnya. Berkenaan…
-
Rosmah gagal gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
MAHKAMAH Tinggi hari ini mengetepikan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa permohonan untuk semakan kehakiman dibuat di bawah Aturan 53 Kaedah 3(6) Kaedah-kaedah Mahkamah…
-
TPR tarik balik surat mohon hakim utamakan kes rasuah Ahmad Zahid
TIMBALAN pendakwa raya (TPR) dalam perbicaraan rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik surat memohon hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah mengutamakan kes mahkamah Presiden UMNO itu. Memetik laporan Free Malaysia Today, TPR, Azmi Malik Ayob, yang juga anggota pasukan pendakwaan dalam kes Zahid, berkata perkara ini kini dianggap tamat susulan penarikan…