Tag: Rampas dadah
-
But kereta jadi stor dadah di kondominium mewah
CUBAAN satu sindiket pengedaran dadah mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjadikan but kereta sebagai stor simpanan dadah di lot parkir sebuah kondominium mewah terbongkar apabila polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan di sini, kelmarin. Hasil serbuan tersebut, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM100,000 dan menyita sebuah kereta jenis Nissan Sentra di lot…
-
Op tapis : Polis rampas dadah bernilai lebih RM800,000
JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan bersama Pasukan Zon 1 Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM814,612.25 dan menahan 301 penagih serta pengedar dadah menerusi Op Tapis Bersepadu yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lalu. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan terbesar ketika operasi itu adalah melibatkan penahanan…
-
JSJN Bukit Aman rampas ketamin dianggar bernilai RM 111.2 juta
JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mencatatkan rampasan ketamin terbesar pertama tahun ini selepas merampas dua tan dadah tersebut yang dianggar bernilai RM111.2 juta di sebuah kilang di kawasan perindustrian di Pusing, dekat Batu Gajah, Ipoh, Perak. Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan di premis yang dijadikan makmal memproses dadah itu dilakukan…
-
Dadah RM1.17 juta dirampas termasuk di kediaman mewah
RAHSIA hidup seorang penganggur hidup mewah walaupun tidak bekerja terbongkar dua kediaman mewah miliknya di Jalan Bukit Palma 2, Kajang, Selangor, diserbu pada Selasa lalu. Serbuan pada pukul 1.30 tengah hari itu membawa kepada penemuan dadah disyaki jenis methaphetamin seberat 1.05 kilogram (kg) dalam bungkusan teh cina. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei…
-
Polis rampas 5.21 kg dadah bernilai RM492,000
Oleh RIZQI ZABIDI BEBERAPA ketulan mampat heroin base seberat 5.21 kilogram bernilai hampir RM492,000 berjaya dirampas polis dalam serbuan dilakukan di beberapa lokasi di Sungai Petani, Kedah, kelmarin. Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kejayaan itu merupakan hasil risikan dan serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah…
-
JSJN rampas syabu 7.14kg dalam bungkusan teh cina
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN JABATAN Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor menahan empat suspek yang dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah ditahan bersama-sama 7.14 kilogram syabu dalam satu serbuan di kawasan tempat letak kereta di Taman Bolton, Batu Caves, Gombak pada 30 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan pukul…
-
Dadah RM14.4 juta dirampas, tiga termasuk seorang Datuk ditahan
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah bernilai RM14.4 juta dengan anggaran berat 400 kilogram (kg) yang cuba diseludup di Kompleks Kargo Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, Selasa lalu. Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, sepasukan anggota kastam daripada Cawangan Narkotik, JKDM…
-
Polis Kedah rampas dadah RM108,000
Oleh RIZQI ZABIDI POLIS Kedah berjaya merampas dadah jenis heroin dan syabu seberat kira-kira 4.7 kilogram (kg) dari dua lelaki tempatan yang ditahan di tepi jalan di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, Rabu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin berkata, dua lelaki tersebut ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari…
-
Pasangan kekasih simpan dadah bernilai RM60,000 dalam rumah sewa
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN POLIS menahan empat individu termasuk pasangan kekasih serta merampas pelbagai jenis dadah yang kesemuanya bernilai hampir RM60,000 dalam dalam dua serbuan berasingan di Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superitendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, menerusi serbuan itu pihaknya berjaya membongkar modus operandi suspek…