JSJN rampas syabu 7.14kg dalam bungkusan teh cina

0
464

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JABATAN Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Selangor menahan empat suspek yang dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah ditahan bersama-sama 7.14 kilogram syabu dalam satu serbuan di kawasan tempat letak kereta di Taman Bolton, Batu Caves, Gombak pada 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan pukul 1 petang itu dijalankan oleh pasukan daripada JSJN Kontinjen Selangor.

“Pihak polis berjaya merampas satu beg kanvas berwarna biru yang di dalamnya mengandungi tujuh bungkusan teh cina berwarna hijau berisi bahan kristal disyaki syabu.

“Dianggarkan berat keseluruhan berjumlah 7.14 kilogram dengan nilai rampasan RM245,000. Dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 14,000 penagih sehari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing ke atas empat lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu mendapati tiga daripada mereka positif dadah.

“Dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Kesemua suspek direman sembilan hari bermula 31 Ogos untuk siasatan lanjut,” katanya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here