Tag: PRU15
-
Desak PRU segera hanya kemahuan nafsu orang politik
TINDAKAN pihak tertentu yang mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 disegerakan hanyalah disebabkan oleh kemahuan nafsu orang politik semata-mata. Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim, tindakan sedemikan tidak seharusnya dilakukan ketika tumpuan wajar diberi kepada perkara melibatkan kepentingan rakyat bagi berdepan cabaran pasca pandemik. Ketika ini katanya, semua pihak berdepan tanggungjawab membina negara…
-
Dua faktor boleh bantu PN kekalkan, tambah kerusi di Pahang – Saifuddin
PERIKATAN Nasional (PN) akan bertanding semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan keyakinan berpeluang cerah menambah jumlah wakil rakyatnya di negeri ini. Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata PN yakin boleh menang kerusi yang akan ditandingi, malah memiliki kekuatan tersendiri…
-
‘Bubar Parlimen tergesa-gesa ibarat bunuh diri’
Pembubaran Parlimen secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira pelbagai aspek termasuk persediaan rapi dan dapatan kajian sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang atau kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ibarat perbuatan membunuh diri. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada guna beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sedangkan BN belum…
-
Srikandi BERSATU kenal pasti calon, termasuk Srikandi Muda
Srikandi BERSATU dalam peringkat mengenal pasti calon, termasuk kemungkinan mengetengahkan calon dari Srikandi Muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata sayap wanita BERSATU itu sedang mengenal pasti calon Srikandi berusia 35 tahun ke atas dan tidak menolak kemungkinan Srikandi Muda, iaitu sayap Srikandi yang berusia…
-
Kos PRU15 dijangka cecah lebih RM1 bilion
KOS penganjuran pilihan raya umum (PRU) kebiasaannya hanya membabitkan perbelanjaan sekitar ratusan juta sebelum ini, namun PRU ke-15 (PRU15) yang perlu diadakan sebelum Julai tahun depan kosnya dijangka mencecah hingga lebih RM1 bilion. Jumlah itu adalah dua kali kos menganjurkan PRU-14 iaitu sekitar RM500 juta manakala perbelanjaan bagi PRU13 adalah sekitar RM400 juta. Perkara itu…
-
UMNO menang besar jika PRU diadakan tahun ini – Tun Mahathir
TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika PRU-15 diadakan secara tergesa-gesa pada tahun ini, UMNO akan menang besar. Bekas Perdana Menteri berkata, pendirian UMNO yang mahukan PRU-15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu. Dalam wawancara bersama The Associated Press yang disiarkan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu, berkata pada masa…
-
Kerjasama PH-UMNO selepas PRU-15 tidak timbul – Anwar
TIDAK timbul soal Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan UMNO selepas Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) seperti yang dikatakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Demikian penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak di Ipoh hari ini. Memetik laporan Astro Awani, Anwar memberitahu, jika…
-
PRU15: Anwar pertimbang cadangan bertanding di Parlimen Tambun
PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan cadangan supaya beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata cadangan berkenaan telah diusulkan kepadanya namun keputusan belum lagi boleh diputuskan kerana fokus parti ketika ini adalah berkaitan jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih dahulu. “Anda fikir macam mana?…