Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Sarawak Archives -

Tag: PRN Sarawak

  • Adakah PKR masih relevan kepada PH? 

    Adakah PKR masih relevan kepada PH? 

    PRESTASI PKR yang tidak memuaskan sepanjang empat pilihan raya negeri (PRN) pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal memaksa parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) mencari rakan baru bagi menggantikan parti tersebut, kata penganalisis. PKR hanya memenangi dua kerusi di Sabah dan satu kerusi Johor. Manakala parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak mendapat…

  • Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak – Dr Annuar

    Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak – Dr Annuar

    KEMENANGAN besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang buat pertama kali bertanding atas nama gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) bulan lepas, memberi gambaran jelas bahawa rakyat Sarawak tidak mahu negeri itu diperintah parti lain, selain GPS. GPS yang dianggotai empat komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti…

  • Kemenangan besar GPS, kemenangan rakyat Sarawak – Abang Johari

    Kemenangan besar GPS, kemenangan rakyat Sarawak – Abang Johari

    KEMENANGAN besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 adalah kemenangan rakyat negeri itu khususnya dalam meletakkan Bumi Kenyalang sama rata dengan Semenanjung iaitu sebagai rakan kongsi wilayah dalam Malaysia.  Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kemenangan itu bermakna rakyat telah memberi mandat kepada gabungan politik berkenaan untuk Sarawak…

  • PRN Sarawak: 1,207 pusat mengundi ditutup 2 setakat petang

    PRN Sarawak: 1,207 pusat mengundi ditutup 2 setakat petang

    SEBANYAK 1,207 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 telah ditutup setakat 2 petang ini. Berdasarkan senarai pusat mengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak 189 ditutup seawal 11 pagi diikuti 559 lagi pada 12 tengah hari. Menjelang 1 tengah hari, sejumlah 243 pusat mengundi ditutup manakala 216 lagi ditutup sejam kemudian.  Secara keseluruhan, sebanyak 1,866 pusat mengundi…

  • Proses pengundian PRN Sarawak lancar

    Proses pengundian PRN Sarawak lancar

    LEBIH 11 peratus daripada 1,213,769 pengundi biasa sudah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 9 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pada PRN Sarawak kali ini, seramai 1,252,014 pengundi berdaftar, layak mengundi dan daripada jumlah itu, seramai 20,360 orang adalah pengundi awal dan 17,885 orang sudah mengundi secara pos.…

  • Jangan beri sokongan kepada ‘ahli politik bermusim’ – Nancy Shukri

    Jangan beri sokongan kepada ‘ahli politik bermusim’ – Nancy Shukri

    PENDUDUK di Bukit Saban digesa supaya tidak memberikan sokongan kepada ‘ahli politik bermusim’ yang hanya muncul setiap lima tahun ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) sahaja. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebaliknya penduduk seharusnya komitmen menyokong calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada PRN-12 nanti. “Penduduk…

  • Perikatan Nasional, GPS bekerjasama dalam PRU-15 – Muhyiddin

    Perikatan Nasional, GPS bekerjasama dalam PRU-15 – Muhyiddin

    PERIKATAN Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap pada sidang media di Kuching, hari ini, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah bercakap dengan Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Openg, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. “Kami sudah mencapai persetujuan bagi pilihan raya…

  • Hari pengundian awal bermula, GPS kekal dianggap mendahului

    Hari pengundian awal bermula, GPS kekal dianggap mendahului

    PENGUNDIAN awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) bermula hari ini, dengan pandangan ramai kekal merasakan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan diberikan mandat semula untuk mentadbir negeri, dan persoalan utama kini adalah berapa jumlah kerusi yang mampu dimenanginya. Hanya empat DUN menyaksikan pertandingan satu…

  • PRN Sarawak: 83% telah buang undi setakat 2 petang

    PRN Sarawak: 83% telah buang undi setakat 2 petang

    SEJUMLAH 83 peratus anggota keselamatan dan pasangan telah keluar mengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak setakat pukul 2 petang Selasa. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah itu dicatatkan sehingga pukul 2 petang, selepas pusat mengundi awal dibuka bermula 7.30 pagi. Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan isteri, Puan Sri…

  • 10,458 anggota polis, PGA dan pasangan terlibat undi awal PRN Sarawak esok

    10,458 anggota polis, PGA dan pasangan terlibat undi awal PRN Sarawak esok

    SERAMAI 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 esok, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata. Katanya 85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran akan dibuka mulai 7.30 pagi hingga 5 petang dengan 5,522 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk…