Tag: polis
-
Shahidan buat laporan Polis berhubung edaran risalah palsu
PERIKATAN Nasional (PN) telah mengesan kempen pengedaran risalah palsu yang memaparkan wajah calon PN kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok. Risalah tersebut mengajak orang ramai mengundi BN. Justeru, wakil calon PN Arau, Mohd Faizal Mohd Arif, berkata laporan polis dibuat kerana melihat edaran risalah…
-
Video tular ribuan masuki Malaysia melalui CIQ Johor Bahru palsu: Polis
VIDEO tular yang menunjukkan ribuan orang memasuki negara ini melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, adalah palsu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial itu tidak diambil pada Khamis (17 November 2022) seperti yang…
-
Polis siasat pengundi buat ‘live’ ketika undi pos
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat tindakan dua individu dipercayai bersiaran secara langsung di media sosial dan mendedahkan kertas undi pos, semalam. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata laporan polis dibuat seorang pegawai polis selepas melihat satu hantaran berkaitan perkara itu di Twitter. “Pengadu bertugas di Jabatan…
-
PRU-15: Polis tahan tiga lelaki edar risalah kempen di Pangkalan Lumut
TIGA lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai mengedarkan risalah kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pangkalan Lumut dekat Ipoh, pada Selasa. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada Pasukan Rondaan Provos Tentera Laut (Protela) sejurus pasukan itu melakukan tangkapan. “Tiga individu terbabit mengedarkan risalah sebuah parti politik di Blok…
-
Wartawan diserang lelaki mabuk ketika buat liputan kempen PRU-15
DUA individu ditahan selepas didakwa menyerang sekumpulan wartawan yang sedang membuat liputan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Seremban Jaya, Negeri Sembilan, lewat petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, salah seorang wartawan bertugas juga turut ditolak serta dibaling dengan menggunakan gelas, botol minuman keras dan kasut. Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad…
-
Lelaki ditahan ‘tercuri’ motosikal polis
SEORANG lelaki ditahan kerana mencuri motosikal anggota polis yang diletakkan di tempat letak kenderaan Hospital Ampang kelmarin. Dalam kejadian 6.30 petang itu, anggota polis yang sedang bertugas di pondok polis Hospital Ampang dimaklumkan orang awam yang melihat tindakan mencurigakan seorang lelaki menolak sebuah motosikal. Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata anggota polis terbabit…
-
[VIDEO] Polis siasat video tular lelaki belasah wanita
SUSULAN tular sebuah video memaparkan seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah Kota Kinabalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil memberi kerjasama. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut dan belum menerima…
-
70,000 pegawai, anggota pelbagai agensi ditugaskan hadapi banjir
SERAMAI 70,000 pegawai dan anggota membabitkan pelbagai agensi ditugaskan bagi menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jumlah itu meliputi pasukan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu 21,018 orang, Angkatan Tentera Malaysia (18,500 orang), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (15,000 orang), Angkatan Pertahanan Awam…
-
Helikopter bawa petugas perubatan terhempas di Brinchang, kesemua selamat
LIMA anggota pasukan perubatan termasuk seorang juruterbang selamat selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu. “Itu yang kami terima setakat ini. Kesemuanya selamat,” katanya ringkas. Insiden yang berlaku pada 1.15 tengah hari ketika pesawat milik swasta itu…
-
Polis kesan keluarga dua kanak-kanak beraksi di balkoni tingkap
POLIS sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak serta bayi yang dilihat berada di balkoni tingkap sebuah kediaman dalam video tular pada Selasa. Difahamkan, video berdurasi 11 saat menunjukkan seorang kanak-kanak serta seorang bayi dilihat berada di balkoni tingkap kediaman di Setapak dekat sini yang dirakam penghuni lain. Dalam video itu juga, kanak-kanak berkenaan dilihat…