Tag: pesawat
-
Tujuh maut pesawat bawa pelancong terhempas
TUJUH orang maut selepas sebuah pesawat yang membawa sekumpulan pelancong terhempas di Gurun Nazca di Peru, Sputnik memetik laporan media. Menurut stesen penyiar RPP, pesawat itu membawa pelancong melawat Garisan Nazca, yang terkenal di dunia dengan pelbagai lukisan besar atas muka bumi (geoglyph). Pesawat itu membawa rakyat Belanda dan Chile. Punca kejadian masih tidak diketahui.…
-
Dua pengembara Afrika Selatan transit di Singapura positif varian Omicron
DUA pengembara dari Afrika Selatan yang transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Australia disahkan positif varian Omicron COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH). MOH berkata Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW) mengesahkan bahawa kedua-dua pengembara yang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan penerbangan Singapore Airlines SQ211 pada 28 November disahkan positif bagi varian…
-
Polis tahan pasangan lari dari pusat kuarantin
POLIS Belanda menahan dua individu pada Ahad yang dikatakan telah “melarikan” diri daripada sebuah hotel menempatkan penumpang didapati positif COVID-19 dari Afrika Selatan. Pihak berkuasa memaklumkan, 13 daripada 61 penumpang dari dua pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Schiphol pada Jumaat disahkan positif varian baharu COVID-19, Omicron. Polis Diraja Marechaussee Belanda di Schiphol telah menahan…
-
Kerajaan nilai tender terbuka ganti pesawat Hawk
KERAJAAN kini dalam proses menilai tender terbuka perolehan pesawat dwifungsi tempur ringan dan latihan lanjutan (FLIT-LCA) bagi menggantikan pesawat Hawk 108/208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tender terbuka antarabangsa bagi perolehan itu sudah ditutup pada 6 Oktober lalu. “Kerajaan sudahpun merancang secara sistematik bagi penggantian pesawat…
-
6 maut pesawat tentera Bolivia terhempas
ENAM terbunuh termasuk empat pegawai kementerian kesihatan selepas sebuah pesawat Tentera Udara Bolivia terhempas di kawasan Amazon Agua Dulce di Pando pada Sabtu. Wakil komander Polis Bolivia, Kolonel Luis Cuevas berkata pesawat itu terhempas tujuh minit sejurus berlepas dari perbandaran Riberalta, lapor Agensi Berita Xinhua. “Semua penumpang dan anak kapal maut dalam kejadian itu,” katanya kepada wartawan.…
-
Waris nahas MH17 beri keterangan
PULUHAN anggota keluarga 298 mangsa nahas pesawat Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 akan mula memberikan keterangan pada Isnin, dalam perbicaraan terhadap empat suspek yang dituduh melakukan serangan berkenaan. Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila dengan dibedil peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia, menurut penyiasat serta pendakwa…