Tag: Perak
-
[VIDEO] Kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak lebih tiga kilometer
RIBUAN tin sardin bertaburan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas dan terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Kuala Kangsar, Perak, hari ini. Kejadian sekitar pukul 1 petang itu menyebabkan kesesakan trafik lebih tiga kilometer apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar…
-
Ambulans terbalik dilanggar kereta dipandu jururawat
SEBUAH ambulans milik syarikat swasta yang membawa pesakit, terbalik selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu jururawat di persimpangan lampu isyarat Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak, pada Khamis. Kejadian sekitar jam 1.35 petang itu mengakibatkan pesakit yang merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah mengalami kecederaan di bahagian pinggul kiri. Kemalangan turut mengakibatkan…
-
Warga emas disyaki bunuh abang, kakak ipar didakwa esok
WARGA emas yang disyaki membunuh abang dan kakak iparnya di Taman Bercham Aman, Ipoh, Perak, minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan yang ditemui semasa program korban perdana anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Kampung Rapat, pada Rabu,…
-
PN terima sambutan luar biasa di Perak
KEHADIRAN rakyat Perak pada majlis Kenduri Rakyat Aidiladha anjuran Perikatan Nasional (PN) Perak di Manjoi, Perak hari ini adalah petanda sokongan padu rakyat kepada PN. Pengerusinya,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu memeriahkan majlis tersebut amat membanggakan. “Satu yang saya ingat amat membanggakan kerana kehadiran yang sebegini ramai, meriah. “Ini satu petanda…
-
Kereta terbabas sebelum terbalik, wanita terbunuh, empat cedera
SEORANG wanita maut selepas kereta yang dinaikinya dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Sungai Siput-Khantan, Sungai Siput, Perak, malam tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai nahas pada jam 8.08 malam. “Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Proton Satria telah terbabas, lalu…
-
Sindiket pernikahan ‘Ustaz Zul’ tumpas
JABATAN Agama Islam Perak (JAIPk) menumpaskan sindiket nikah tanpa tauliah yang menggunakan surat nikah Thailand disyaki palsu di kawasan Chepor, Ipoh, Perak baru-baru ini. Serbuan kira-kira jam 9.30 malam yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah itu membawa kepada penahanan lelaki dikenali ‘Ustaz Zul’ berusia 50 tahun. Menurut Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin, hasil serbuan…
-
Operasi Pembenihan Awan di Empangan Bukit Merah bermula hari ini
OPERASI Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Bukit Merah, Perak akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. Pengerusi Jawatankuasa, Pertanian Perladangan dan Industri Makanan, Razman Zakaria, berkata OPA akan dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Ia akan diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) manakala kos ditanggung oleh Kementerian…
-
Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melantik Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Perak yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos depan. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata Wan Zahidi yang kini Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan berasal dari Gerik…
-
Seleweng diesel bersubsidi: KPDNHEP tahan pemilik stesen minyak
KEMENTERIAN Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan seorang pemilik stesen minyak di Pantai Remis, Manjung, Perak bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan diesel bersubsidi. Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata pihaknya turut menyita 23,200 liter diesel, sebuah lori tangki, tiga unit skid tank, 2 unit nozel dan pam minyak diesel yang…
-
Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala
SEORANG lelaki berusia 26 tahun dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti menjala ikan di Sungai Perak di Persisir Lembah Sayong, Kuala Kangsar, pada Jumaat malam. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan Balai Bomba Kuala Kangsar menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 10.35 malam. Katanya, operasi mencari dan menyelamat telah diteruskan semula pada…