Tag: Penjawat awam
-
Dua penjawat awam direman 4 hari kes rasuah
DUA penjawat awam direman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret, di Shah Alam, Selangor kerana disyaki meminta wang suapan RM20,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes siasatan berkaitan dokumen palsu. Majistret Sabreena Bakar @ Bahari membenarkan perintah reman sehingga Jumaat selepas permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Memetik laporan Berita Harian,…
-
Kontraktor didakwa lagi rasuah penjawat awam RM20,000
SELEPAS didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor tahun lepas atas pertuduhan memberi rasuah kepada penjawat awam, seorang kontraktor hari ini didakwa lagi atas kesalahan sama di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini, kali ini melibatkan jumlah rasuah RM20,000. Amir Ali, 46, didakwa telah memberi suapan wang tunai RM20,000 kepada seorang jurutera daerah yang bertugas di Jabatan…
-
Kerajaan pertimbang cuti khas penjawat awam jadi sukarelawan pascabanjir
KERAJAAN mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Beliau berkata pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun membantu operasi pembersihan selepas banjir terutamanya di kawasan yang teruk terjejas dan memerlukan ramai tenaga kerja. “Ramai (penjawat awam) yang ingin menjadi sukarelawan membantu…
-
Penjawat awam ditahan kes rogol dua beradik di tepi jalan
SEORANG penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan dua beradik dalam kejadian dilaporkan berlaku di belukar di tepi jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar dekat Manjung, Perak. Suspek berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Bercham, di Ipoh pada 2.20 petang semalam.…
-
Memoir terbaru Mahathir dedah ada penjawat awam peroleh pendapatan RM200,000 sebulan
PENJAWAT awam kanan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh pendapatan jauh lebih tinggi daripada peruntukan gaji disediakan kerajaan, dengan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka dibayar sebanyak RM200,000 sebulan, dedah Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoir terbaru mengandungi kisah pelantikan kali keduanya sebagai perdana menteri yang bakal terbit. D. Mahathir, yang berkhidmat kira-kira 22…
-
RM1,000 untuk penjawat awam negeri Kedah
KERAJAAN negeri Kedah bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan RM1,000 untuk diberikan kepada setiap seorang penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri, bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2022 bertemakan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata…
-
Bajet 2022: Penjawat awam dapat RM700, pesara terima RM350
PENJAWAT awam Gred 56 ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700, manakala pesara kerajaan pula layak menerima RM350. Bantuan itu akan disalurkan kepada 1.3 juta penjawat awam membabitkan peruntukkan sebanyak RM1.3 bilion. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas itu adalah langkah kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan…
-
Tindakan tatatertib penjawat awam enggan terima vaksin
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali meminta semua penjawat awam agar patuh kepada pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan mereka melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum 1 November ini. Katanya, tindakan tatatertib boleh diambil kepada penjawat awam yang enggan memberi kerjasama menerima vaksin. “Kalau mengikut pekeliling dan dari segi peraturan, penjawat awam…
-
53 penjawat awam Negeri Sembilan dinasihat segera ambil vaksin
SERAMAI 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan ini sebelum dikenakan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Aminuddin berkata kerajaan negeri berharap golongan berkenaan dapat mengambil suntikan vaksin Covid-19 pada kadar segera demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam…
-
Wajibkan penjawat awam ambil vaksin selari syarak
KEPUTUSAN kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin COVID-19 berdasarkan pertimbangan tertentu, adalah sah dari sudut pandangan syariah dan perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini. Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata, berdasarkan Siasah Syar’iyah, apabila kerajaan mewajibkan penjawat awam divaksinasi, maka kelompok…