Tag: Penghantar makanan
-
Hina agama: Penghantar makanan didenda RM50,000
SEORANG penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini setelah mengaku bersalah memuat naik kandungan video menghina agama Islam di saluran media sosial YouTube miliknya pada Sabtu lepas (16 Julai). Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nor’ Muzil Mohd Razalli, 39, yang didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi itu…
-
Penghantar makanan mengaku hantar bahan lucah, didenda RM10,000
Seorang penghantar makanan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada Ahad atas dua pertuduhan menghantar dan memulakan komunikasi bahan lucah menerusi aplikasi media sosial, dua tahun lalu. Utusan Malaysia melaporkan tertuduh, Muhammad Khair Maani, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Berdasarkan kedua-dua…
-
Penghantar makanan ‘gatal’ raba payudara didenda RM4,000
SEORANG penghantar makanan dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Georgetown hari ini selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang wanita warga Indonesia Rabu lalu. Tertuduh, Muhammad Falihin Abdul Talib, 28, sebelum itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd. Wahab. Mengikut pertuduhan, Muhammad Falihin didakwa menggunakan kekerasan jenayah…
-
Penghantar makanan nyaris diterkam harimau di Dungun
SEORANG penghantar makanan mendakwa dirinya nyaris diterkam seekor harimau belang dalam kejadian di Taman Bersekutu dekat Dungun, malam tadi. Dalam kejadian pada 8.40 malam itu, Mohd Shafiq Mamat, 27, berkata dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permint Indah, sejurus selesai menghantar pesanan pelanggan di sekitar kawasan tersebut. “Tiba-tiba saya ternampak kelibat harimau di sebelah kanan…
-
Perkeso bayar faedah RM 1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan
PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM 1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, bayaran faedah itu termasuk ketegori hilang upaya sementara dan kekal, faedah perubatan dan orang tanggungan, selain faedah pengurusan mayat. Sehubungan itu, Awang berkata, kementeriannya…
-
[VIDEO] Jatuh ranking kalau tolak order tidak halal – penghantar makanan
PENGHANTAR makanan atau popular dengan gelaran ‘rider’ kali ini dikaitkan dengan isu makanan halal dan tidak halal yang diletakkan dalam kotak penyimpanan sama apabila tular baru-baru ini mengenai pelanggan yang menerima makanan tidak halal selepas penghantar makanan tersilap mengambil bungkusan. Baca berita berkaitan: [VIDEO] Penghantar kemuka lima resolusi bantu perkerja P-Hailing Baca berita berkaitan: [VIDEO] Rider…
-
[VIDEO] Bahana langgar lampu merah, penghantar makanan cedera dilanggar
PENGHANTAR makanan cedera di pinggang dan tangan selepas motosikal ditunggangnya yang melanggar lampu isyarat merah dilanggar sebuah kereta di Jalan SS2/24 di Petaling Jaya, Selangor, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.30 petang. “Kemalangan itu membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta…
-
[VIDEO] Bukan senang nak jadi ‘rider’, selalu kena marah
SEDANG kita seronok menikmati hidangan enak siang dan malam, adakah pernah terfikir tentang realiti dan nasib penghantar makanan yang berhempas pulas berjuang mencari rezeki di jalan raya demi memudahkan pelanggan mendapatkan makanan. Baca berita berkaitan: 118 rider hantar makanan dikompaun langgar lampu merah Sedar atau tidak, merekalah yang menjadi petugas barisan hadapan sejak dari dulu…
-
Geng penyamun menyamar jadi penghantar makanan
SEKUMPULAN peragut dikenali sebagai Geng Ashmer, dikesan menyamar sebagai penghantar makanan sejak lima bulan lalu dan mendalangi sekurang-kurangnya 30 kejadian ragut di sekitar Lembah Klang. Kegiatan empat lelaki termasuk dalang utama itu, ditumpaskan polis daerah Sentul menerusi Op Rentap, membabitkan beberapa siri serbuan di Sentul, Wangsa Maju dan Gombak di antara 23 hingga 28 Oktober…
-
Sikap prihatin penghantar makanan terhadap anjing dapat perhatian ramai
RAMAI dalam kalangan penghantar makanan atau posmen mempunyai pengalaman buruk apabila berhadapan dengan anjing menyebabkan mereka menjauhi haiwan itu. Namun, bagi seorang penunggang Grab, kisah-kisah sebegitu tidak menjadi penghalang untuk berikan perhatian kepada haiwan berkenaan. Bahkan, kemuliaan hati lelaki itu terhadap haiwan yang sering dipandang negatif segelintir masyarakat itu mendapat pujian netizen yang menontonnya dalam…