Tag: PAS
-
Presiden PAS ulangi komitmen terus bersama Muhyiddin di masa susah dan senang
DATUK Seri Abdul Hadi Awang berkata, bahawa beliau akan terus bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di waktu senang dan susah. Dalam hantaran di Facebooknya malam tadi Presiden Pas itu berkata, beliau telah menghubungi Muhyiddin dan menyatakan komitmen terus bersama di waktu susah dan senang. “Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan…
-
Pas solat hajat mohon PN kekal kerajaan
TIMBALAN Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak ahli PAS mengadakan solat hajat dan bermunajat malam ini memohon doa agar Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai kerajaan. Tuan Ibrahim membuat seruan itu menjelang majlis menghadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai perdana menteri. “Esok…
-
UMNO pujuk Bersatu, PAS terima nama calon PM mereka
PARTI UMNO kini dilaporkan sedang berunding dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS untuk menerima calon Perdana Menteri (PM) daripada parti itu, bagi menerajui tampuk kuasa di Putrajaya. Memetik laporan Agenda Daily, tindakan itu berikutan wujud kebimbangan sekiranya blok pembangkang akan dapat melantik calon PM baharu mereka. Difahamkan, rundingan itu diketuai pemimpin utama UMNO…
-
Hadi selar ‘kelompok gila kuasa’
‘KELOMPOK gila kuasa’. Itu tanggapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyelar pembangkang dan kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menolak tawaran kerjasama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau mahukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah memerintah selama 17 bulan, diberikan “masa” untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang membelenggu rakyat. “Kalangan yang menolak pelawaan…
-
[VIDEO] PAS tidak tolak kemungkinan PRU norma baharu
PAS tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan dalam waktu pandemik Covid-19 mengambil kira suhu politik yang terus hangat pada masa ini. Ingatan tersebut diberikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menyampaikan ceramah dalam talian malam tadi yang menambah, bagaimanapun pilihan raya tersebut akan diadakan dalam keadaan norma baharu…
-
Parti teras Melayu-Islam dan bumiputera perlu disatukan – Abdul Hadi
TIGA parti teras Melayu-Islam dan bumiputera iaitu PAS, UMNO dan BERSATU perlu disatukan dengan bertujuan memimpin perubahan yang positif, menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, ia penting bagi memimpin perubahan dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN), disertakan pendekatan masyarakat majmuk dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN) bersama prinsip yang anjal bagi melakukan perubahan…