Tag: Pahang

  • Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat,Pahang kekal

    Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat,Pahang kekal

    JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Johor mencatatkan sedikit peningkatan pagi ini manakala bilangan mangsa banjir di Pahang kekal. Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,532 orang daripada 560 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS, berbanding 1,376 mangsa daripada 522 keluarga malam tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana…

  • Amaran hujan berterusan di Sarawak,Johor dan Pahang hingga esok

    Amaran hujan berterusan di Sarawak,Johor dan Pahang hingga esok

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok (1 Feb). MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6.45 pagi ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku sehingga esok di Pahang (Kuantan, Pekan…

  • Banjir di tiga negeri bertambah buruk, jumlah mangsa terus meningkat

    Banjir di tiga negeri bertambah buruk, jumlah mangsa terus meningkat

    KEADAAN banjir di tiga negeri iaitu Sabah, Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), selain Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan keadaan hujan dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan,…

  • Amaran hujan berterusan di empat negeri -MetMalaysia

    Amaran hujan berterusan di empat negeri -MetMalaysia

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.10 tengah hari, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan di Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) diramal bermula 19 hingga 21 Jan…

  • Remaja perempuan maut ditimbus tanah dalam perigi

    Remaja perempuan maut ditimbus tanah dalam perigi

    SEORANG remaja perempuan maut selepas tertimbus tanah ketika berada di dalam perigi bersebelahan rumahnya di Lanchang, Temerloh yang terletak kira-kira 135 kilometer dari Kuantan, semalam. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada bapa mangsa pada 3.34 petang tadi.  Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi, lelaki itu telah meminta anaknya berusia 15…

  • Amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan sehingga Khamis

    Amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan sehingga Khamis

    JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan yang dijangka berlaku sehingga esok. MetMalaysia dalam kenyataan berkata hujan lebat berterusan (peringkat buruk) diramalkan berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman; Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru…

  • Banjir Pahang: Air semakin surut, 221 mangsa di tiga PPS

    Banjir Pahang: Air semakin surut, 221 mangsa di tiga PPS

    BANJIR di Pahang dilihat semakin pulih apabila bilangan penduduk terjejas di daerah Kuantan merekodkan 221 mangsa daripada 62 keluarga di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi, pada Rabu. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan ketara berbanding jam 4 petang semalam yang merekodkan seramai 873 mangsa…

  • Pahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai

    Pahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai

    Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir menjadikan lima negeri kini terjejas banjir selepas Terengganu, Perak, Kelantan dan Johor, setakat pagi ini. Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir teramai pagi ini, berbanding malam tadi manakala jumlah mangsa di Johor dan Perak kekal. Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan seramai 40 mangsa…

  • Mangsa banjir di empat negeri kekal

    Mangsa banjir di empat negeri kekal

    Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan tidak berubah seperti malam semalam pada sebelah pagi ini manakala di Perak mencatatkan penurunan manakala di Perak mencatatkan penurunan. Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang melaporkan situasi banjir tidak berubah dengan 141 mangsa daripada 36 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan…

  • Hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 12 tengah malam ini

    Hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 12 tengah malam ini

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga pukul 12 tengah malam ini. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat itu akan berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Mersing, Johor. “Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan…