Hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 12 tengah malam ini

0
145

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga pukul 12 tengah malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat itu akan berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Mersing, Johor.

“Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh enam jam,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap (waspada) dijangka berlaku di Pahang melibatkan Kuantan dan Bera, manakala di Johor meliputi Segamat, Kluang dan Kota Tinggi sehingga pukul 12 tengah malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here