Tag: Noh Omar
-
Saingan dua penjuru, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu – Noh Omar
TAN Sri Noh Omar menjangkakan strategi pertembungan dua penjuru di Selangor mungkin memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mengalahkan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Bagaimanapun, bekas Pengerusi UMNO Selangor itu berkata, kemenangan di kerusi ‘satu lawan satu’ bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain…
-
Kerusi MB Selangor ‘confirm’ milik UMNO jika bersama PN, kata Noh
BEKAS pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar menyindir kepimpinan parti kerana hanya bertanding di 12 kerusi pada pilihan raya negeri Selangor pada 12 Ogos ini. Berucap pada majlis Perikatan Nasional (PN) di Tanjong Karang, malam tadi, dia berkata UMNO akan mendapat jumlah kerusi yang lebih besar jika mereka tidak bersama dengan Pakatan Harapan. “PN bagus.…
-
Mohammad Agus perlu buat kajian di universiti – Annuar
KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff disaran membuat kajian di universiti berhubung kenyataannya yang mendakwa pengundi di Selangor tidak tertarik mengundi Perikatan Nasional (PN). Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, Mohammad Agus perlu membuktikan kajiannya itu terlebih dahulu sebelum mendakwa Selangor mundur…
-
‘Kerajaan Perpaduan’ sebenar ketika Muhyiddin jadi PM, kata Noh Omar
Kerajaan Perpaduan yang sebenar ialah ketika Malaysia ditadbir oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin, kata bekas Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar. Menurut bekas ahli Parlimen Tanjong Karang itu, pentadbiran Muhyiddin lebih menggambarkan Kerajaan Perpaduan apabila semua parti yang terlibat dalam kerajaan pada ketika itu hanya bekerjasama di peringkat Persekutuan meskipun mempunyai hala tuju masing-masing di peringkat…
-
PRN Selangor: Noh Omar sah tak bertanding
BEKAS Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Sebaliknya, mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, beliau akan berusaha keras dan menjelajah ke seluruh negeri bagi memastikan gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) tumbang di Selangor dalam PRN nanti. Bekas…
-
Jamal tiada hak pelawa Noh kembali kepada Umno – Penganalisis
PENGANALISIS tidak melihat Tan Sri Noh Omar akan kembali kepada Umno walaupun salah seorang bekas rakannya dalam Umno Selangor, Datuk Seri Jamal Yunos mempelawanya secara terbuka menyertai parti itu semula. Saintis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, pelawaan Jamal tidak memberi makna dan kekal bersama PN adalah peluang terbaik bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang…
-
Tak payah tunggu MB, Azmin ‘isytihar’ DUN Selangor bubar 19 Jun
PENGERUSI PN Selangor Datuk Seri Azmin Ali “mengisytiharkan” DUN negeri itu akan dibubarkan pada 19 Jun ini. “Tak payah tunggu (menteri besar) Amirudin (Shari) umum, biar saya umum malam ini. “Kalau PRN diumumkan (diadakan) awal atau pertengahan Ogos, insya-Allah, dengan izin Allah, PN akan bentuk kerajaan baru di Selangor,” katanya ketika berceramah dalam program kempen…
-
‘Buang secara baik, jangan layan macam sampah’ – Noh Omar
“SAYA sedih sebab saya memimpin Umno Tanjong Karang 30 tahun lebih. Usaha saya disia-siakan, dikata saya pengkhianat, tak kenang jasa. “Sapa tak kenang jasa. Saya menjadi ahli parlimen selama enam penggal hampir 30 tahun. Kalau nak sepak saya dengan baik lah… jangan buat saya macam sampah,” luah bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.…
-
Noh buat kejutan hadir majlis Aidilfitri PN
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membuat kejutan apabila hadir di Majlis Silaturrahmi Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman Selaseh Fasa 2 di sini pada Sabtu. Beliau tiba pada jam 12 tengah hari ditemani anaknya, Nurul Syazwani dan disambut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk…
-
Noh Omar nafi tanding PRN Selangor tiket PN
BEKAS ketua Umno Selangor Noh Omar menafikan beliau akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRN akan datang. Noh berkata, isu berkaitan calon hanya akan diputuskan pimpinan parti dalam gabungan itu dan beliau juga belum menjadi ahli mana-mana parti. “Saya ingin jelaskan bahawa untuk menjadi calon mana-mana parti hanya pimpinan parti yang akan menentukan…