Tag: Muhyiddin Yassin
-
Parti politik perlu bersatu hadapi Covid-19, masalah ekonomi, titah Agong
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberikan titah nasihat supaya semua parti politik bersatu menghadapi Covid-19 dan juga masalah ekonomi. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata baginda juga bertitah supaya isu pelantikan Perdana Menteri baharu diselesaikan melalui lunas Perlembagaan dan negara juga memerlukan cara politik baharu. Ketua pembangkang itu turut berkata,…
-
Debaran 5 calon utama Perdana Menteri
KEJUTAN yang tercipta semalam kini bertukar kepada debaran. Selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengundur diri dengan membubarkan kabinet, kini tumpuan lebih terarah kepada siapa bakal bergelar Perdana Menteri baharu. Semua mata tertumpu ke Istana Negara. Menanti giliran siapa yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempersembahkan nama calon parti…
-
Muhyiddin tetap ambil berat soal rakyat walaupun bukan lagi PM
TAN Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, walaupun bukan lagi menjadi perdana menteri, slogan ‘Kerajaan Prihatin’ akan terus berada dalam jiwa beliau serta rakan-rakan yang sehaluan dalam kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah sebelum ini. “Hakikatnya, saya bukan lagi perdana menteri, tapi saya akan turun ke bawah tengok…supaya nasib mereka (rakyat) terbela, sebab saya faham semasa menjadi perdana menteri ada…
-
Presiden PAS ulangi komitmen terus bersama Muhyiddin di masa susah dan senang
DATUK Seri Abdul Hadi Awang berkata, bahawa beliau akan terus bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di waktu senang dan susah. Dalam hantaran di Facebooknya malam tadi Presiden Pas itu berkata, beliau telah menghubungi Muhyiddin dan menyatakan komitmen terus bersama di waktu susah dan senang. “Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan…
-
Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan: Ismail Sabri
BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya dalam mengurus negara ketika situasi sukar ini sebagai satu penghargaan. Dalam hantaran di laman sosial Facebook, Ahli Parlimen Bera, Pahang itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan memohon maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkhidmatan beliau. Beliau yang juga…
-
Kekal bertenang, tunggu pengganti baharu
TAN Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri meminta seluruh negara bertenang dan meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memilih pengganti. “Kekal bertenang. Mudah-mudahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diberikan rahmat kebijaksanaan untuk memilih Perdana Menteri yang baharu menurut kehendak…
-
Muhyiddin menuju Istana Negara
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan pejabatnya di Putrajaya pukul 12 tengah hari tadi, dipercayai terus menuju Istana Negara. Muhyiddin sempat melambaikan tangan kepada pemberita yang menunggunya di luar bangunan Perdana Putra. Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan kedudukannya selaku perdana menteri. Terdahulu Muhyiddin bermesyuarat dengan anggota Jemaah Menteri dan pegawai tertinggi kerajaan…
-
Cubaan pujuk ‘Geng Azmin’ sokong Anwar gagal
BEBERAPA percubaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sekumpulan ahli Parlimen yang keluar dari parti itu tahun lalu gagal, dalam usaha mengalihkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang berkenaan. Memetik laporan MalaysiaNow, usaha itu gagal apabila bekas ahli-ahli Parlimen PKR yang kini menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan menolak dengan…
-
UMNO pujuk Bersatu, PAS terima nama calon PM mereka
PARTI UMNO kini dilaporkan sedang berunding dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS untuk menerima calon Perdana Menteri (PM) daripada parti itu, bagi menerajui tampuk kuasa di Putrajaya. Memetik laporan Agenda Daily, tindakan itu berikutan wujud kebimbangan sekiranya blok pembangkang akan dapat melantik calon PM baharu mereka. Difahamkan, rundingan itu diketuai pemimpin utama UMNO…
-
Hadi selar ‘kelompok gila kuasa’
‘KELOMPOK gila kuasa’. Itu tanggapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyelar pembangkang dan kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menolak tawaran kerjasama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau mahukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah memerintah selama 17 bulan, diberikan “masa” untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang membelenggu rakyat. “Kalangan yang menolak pelawaan…