Tag: motosikal
-
Dua beradik maut, motosikal terbabas dilanggar lori
DUA beradik perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, Petaling Jaya, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam kejadian pada 8.54 malam itu, kedua-dua mangsa yang berumur 15 dan 11 tahun maut di lokasi kejadian. Beliau…
-
Dua anggota TLDM maut dalam kemalangan di Sepanggar
DUA anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sabah Port, Sepanggar, di Sabah, malam tadi. Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu mangsa Ahmad Faiz Mohd Hanif, 39, dan Norasnizam Mohd Alui, 36,…
-
Tiga remaja maut motosikal bertembung sesama sendiri
TIGA remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri dipercayai ketika berlumba di Jalan Kampung Sungai Satan-Jalan Malaysia, di Jeli pada Selasa malam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Shuhaimi Jusoh berkata Muhammad Nordanial Izuan Izaraman, 15, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhamad Firdaus Mohd Azli, 15, dan Ahmad Tahfiz Irfan…
-
Dua beranak tular halang ambulans, didakwa
DUA beranak yang videonya tular di media sosial kerana menghalang laluan sebuah ambulans, dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya dan menghalang perjalanan ambulans, minggu lepas. K. Moganasuntharan, 63, dan anaknya, Kartik, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf…
-
Bapa sempat azankan bayi sebelum meninggal dalam kemalangan
BAYI lelaki yang “terkeluar” daripada kandungan ibunya dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas, Kelantan, pada pukul 7 malam semalam meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam tadi. Bapanya, Mohd Khairi Hasbullah, 31, sempat mengazankan anak keempatnya itu sebelum bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia, lima jam selepas kemalangan “Saya reda apabila anak kami…
-
Lambat pulangkan motosikal, buruh dipenjara 10 bulan – pukul rakan dengan tukul
GARA-GARA berang kerana rakan lambat memulangkan motosikal dipinjam, seorang buruh dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini, selepas mengaku bersalah memukul kepala rakannya dengan tukul besi sehingga parah. Hakim Norma Ismail turut menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas Muhammad Aizat Amran, 21 dari FELDA Palong yang membuat pengakuan itu…
-
Penjawat awam ditahan kes rogol dua beradik di tepi jalan
SEORANG penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan dua beradik dalam kejadian dilaporkan berlaku di belukar di tepi jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar dekat Manjung, Perak. Suspek berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Bercham, di Ipoh pada 2.20 petang semalam.…
-
Dua maut dalam kemalangan motosikal
DUA maut termasuk seorang remaja dan seorang warga Myanmar selepas terbabit kemalangan motosikal di Kampung Kumpulan, Jalan Ulu Melaka, Langkawi, malam tadi. Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam itu turut menyebabkan dua lagi cedera parah, termasuk seorang kanak-kanak lima tahun. Mangsa, warga Myanmar, Anas Ali, 28, dan pelajar, Ku Nur Shahrizal Ku Nor Sazali,…
-
Pemilik bengkel buntu 40 motosikal pelanggan hangus
SEORANG pemilik bengkel motosikal buntu apabila lebih 40 motosikal pelbagai jenis milik pelanggannya yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 hangus dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, di sini malam tadi. Wee Jit Hwa, 38, berkata kejadian itu berlaku sekelip mata sehingga mengakibatkan bengkel motosikal yang telah diusahakan bapanya sejak lebih 30 tahun lepas, terbakar 100 peratus. Katanya,…