Tag: motosikal
-
Polis keluar 372 saman,sita 10 motosikal dalam operasi ambang tahun baharu di ibu negara
JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan 372 saman pelbagai kesalahan jalan raya dalam Operasi Khas Malam Ambang Tahun Baharu 2023 di 26 lokasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh ibu negara awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata ia merupakan hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah…
-
17 motosikal disita dalam operasi polis di Jambatan PUlau Pinang
POLIS menyita 17 motosikal kerana pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal yang dijalankan di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinangmalam tadi. Menurut polis Pulau Pinang menerusi hantaran di Facebooknya, operasi bersepadu melibatkan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang itu dilakukan bermula pukul 9 malam tadi hingga 2 pagi ini.…
-
Suami maut dalam nahas motosikal – Berulang-alik jaga isteri sakit
PENGORBANAN seorang suami menjaga isterinya yang sakit tidak berpanjangan apabila dia maut dalam nahas di lampu isyarat Simpang Ampat, Ayer Keroh di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Abd. Rahim Hussin, 74, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. Menurut…
-
Penunggang motosikal maut terlanggar tapir
SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor tapir yang secara tiba-tiba melintas jalan raya di KM17 Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata kejadian berlaku kira-kira 11.15 malam ketika lelaki berusia 33 tahun itu menunggang motosikal jenis Honda RS150 seorang diri dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah. “Sebaik…
-
Tiga lelaki maut kemalangan motosikal
TIGA lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di KM19, Jalan Julau,Sibu, di sini, kira-kira 40 kilometer dari sini, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Beluling berkata dua yang maut ialah Mathew Many Jonathan, 25 dan Nelson Chendang, 21, manakala identiti seorang lagi mangsa yang maut dan…
-
Curi motosikal majikan gara-gara berang tak dapat gaji
AKIBAT berang gaji tidak dibayar, seorang tukang rumah warga Pakistan nekad mencuri motosikal milik majikannya pada Mei lalu. Tertuduh, Umar Farook, 22, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin dan kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang mencuri motosikal Honda FS 150…
-
Polis tahan remaja tunggang motosikal aksi Superman
SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun yang menunggang motosikal secara merbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’ membawa padah apabila ditahan polis di Plaza Tol Jabor, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1, Kemaman, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki tersebut yang menunggang motosikal Honda jenis EX5 melakukan aksi Superman dengan menundukkan kepala selari dengan…
-
Lelaki maut dalam kemalangan babit tiga lori, satu motosikal
SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaannya dan tiga lori di KM206.7 Lebuhraya Plus arah selatan di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, peniaga burger Rosli Yaakob, 39, yang mengalami kecederaan di keseluruhan badan disahkan…
-
Remaja lelaki curi wang majikan buat beli aksesori motosikal
SEORANG remaja lelaki ditahan kerana disyaki mencuri wang majikannya di sebuah premis cuci kereta di Ampang Waterfront, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Lembah Permai pada jam 9.50 malam Khamis. “Kita menahan suspek susulan laporan yang dibuat oleh…
-
Motosikal besar guna lesen L
SEGELINTIR penunggang motosikal berkuasa tinggi dikesan menggunakan lesen percubaan (Lesen L) untuk tempoh yang lama termasuk bagi tujuan berkonvoi. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata ketika diperiksa mereka didapati tidak pernah memperbaharui kepada lesen penuh (Kelas B). “Terdapat juga mereka (penunggang motosikal berkuasa tinggi) ini yang tidak mempunyai kedua-dua…