Tag: Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
-
Batal saman tak pamer cukai jalan, anggota peronda bakal disiasat
POLIS akan menjalankan siasatan dalaman ke atas seorang anggota perondanya yang mengeluarkan saman kepada pemandu gagal mempamerkan cukai jalan dalam kejadian di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Petlaing Jaya, Ahad lalu. Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook berhubung gambar memaparkan saman polis yang…
-
Polis cari pemandu X70 benar budak jengah keluar melalui sunroof
POLIS sedang mengesan pemandu Proton X70 yang membenarkan kanak-kanak mengeluarkan badan dan kepala melalui bumbung tembus cahaya (sunroof) seperti rakaman tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya mengesan rakaman video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik pemilik akaun Twitter, @nabilahroslan, jam 12.15 tengah…
-
Pelajar berlagak samseng jalanan ditahan
TINDAKAN seorang pelajar memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS 8/2, di Petaling Jaya membawa padah apabila suspek diberkas Sabtu, lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di…
-
Kemalangan maut pertama di DASH
LEBUH Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang baru dibuka pada Jumaat lalu, mencatat kemalangan maut pertama membabitkan seorang penunggang motosikal, tengah malam tadi. Insiden berlaku apabila motosikal jenis SYM VF3I yang ditunggang lelaki berusia 24 tahun itu terbabas sebelum terjatuh ke atas jalan di Kilometer (KM) 15.7 DASH dekat Penchala, di sini. Ketua Polis Daerah…
-
Lelaki ditahan campak tiga ekor kucing milik jiran dari tingkat 15
SEORANG lelaki tempatan ditahan semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan dan khianat terhadap haiwan dengan mencampakkan tiga ekor kucing dipercayai milik jirannya dari tingkat 15 di sebuah apartment di Jalan PJS 8/9, Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata penahanan suspek lelaki berusia 44 tahun itu berdasarkan laporan polis yang…
-
Ditipu ‘jurutera’ New Zealand, wanita rugi lebih RM1.4 juta
POLIS menahan tiga lelaki warga Afrika di sebuah restoran di ibu negara Jumaat lalu, kerana dipercayai menipu seorang wanita hingga mengalami kerugian lebih RM1.4 juta selepas berkenalan dengan seorang jurutera Afrika Selatan yang bekerja di New Zealand. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu telah…
-
Keluarga pemilik kelab komedi terima ugutan bunuh
POLIS menerima laporan yang mendakwa keluarga pemilik kelab komedi menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata laporan polis dibuat pemilik syarikat Mycomedy Sdn Bhd, semalam. “Polis mengesahkan laporan yang dibuat, ugutan diterima oleh isteri pemilik kelab berkenaan daripada seorang lelaki tidak dikenali. “Ugutan…