Tag: MKT
-
Peguam gesa KDN, perjelas lawatan ‘istimewa’ Zahid, MKT UMNO ke Penjara Kajang
SEORANG peguam mempersoalkan layanan berat sebelah terhadap Najib Razak selepas kenyataan seorang pemimpin UMNO meluangkan masa hampir dua jam bersama bekas perdana menteri itu, dengan ditemani ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Penjara Kajang, baru-baru ini. Rafique Rashid berkata pendedahan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai lawatannya itu jelas menunjukkan sikap “double…
-
Penyokong muda UMNO tiada masalah sokong calon DAP – Hairi
PENYOKONG muda UMNO tidak mempunyai masalah mengundi calon DAP pada PRN kerana tidak lagi terikat sentimen “Cina rasis” dimainkan generasi terdahulu kerana golongan itu kini “celik politik”. Naib Ketua Pemuda UMNO Hairi Mad Shah, berkata pelbagai sentimen negatif membelenggu generasi lalu dilihat semakin pudar selepas Umno dan DAP bekerjasama.“Untuk orang muda, saya rasa tiada masalah…
-
UMNO akui sukar pujuk ahli terima DAP
UMNO akui sukar untuk parti itu ‘memujuk’ ahli menerima kehadiran DAP sebagai rakan sekutu yang membentuk kerjasama dalam kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata, pihaknya bersedia untuk bertemu dan menyantuni kumpulan berkenaan bagi memberi penerangan berkait dengan kerjasama antara UMNO dengan parti berkenaan. Katanya,…
-
Permohonan pengampunan Najib guna desakan politik – Muhyiddin
PERIKATAN Nasional (PN) menyifatkan usaha Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai desakan politik. Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perkara tersebut terserah kepada Lembaga Pengampunan sama ada mahu mempertimbangkan atau sebaliknya…
-
BN-PH semakin serasi? Tunggu PRN nanti, kata Tajuddin
BEKAS ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sangsi dengan keyakinan pemimpin partinya yang mendakwa kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) boleh menjamin kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Bercakap kepada FMT, bekas pengarah pilihan raya UMNO itu tidak yakin PH yang menjadi rakan BN dalam kerajaan perpaduan akan mudah memberi laluan…
-
“Sombong!”, Tajuddin kesal dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO
MESYUARAT Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak kecoh selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak di Pasir Salak, hari ini. Memetik laporan Astro AWANI, difahamkan Tajuddin yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu tidak dibenarkan masuk atas sebab keanggotaannya sebagai ahli parti berkenaan digantung.…
-
Reezal tanding naib presiden, Shamsul Anuar pertahan MKT
AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi. Bekas ahli Parlimen Kuala Batas itu mengemukakan borang pencalonan bagi merebut jawatan berkenaan di ibu pejabat UMNO, hari ini. “Saya menawarkan khidmat sebagai satu calon…
-
Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT
MESYUARAT Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis malam memutuskan untuk membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli MKT UMNO. Lokman menerusi Facebook rasminya berkata, perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon. “Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO yang memaklumkan bahawa…
-
Tun Faisal tidak terkecuali, sahkan dipecat UMNO
MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu turut memecat timbalan ketua Umno Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz. Faisal yang merupakan bekas setiausaha akhbar kepada Annuar Musa itu memaklumkan pemecatan tersebut di Facebooknya, pada Selasa. Menurut laporan MalaysiaKini, pemecatan Tun Faisal dimaklumkan melalui surat ditandatangani Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan bertarikh 27 Januari…
-
‘PH, BN masih belum dapat tidur sebilik’ – Muhammad Sanusi
KERJASAMA Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sehingga kini masih belum mampu menandingi gelombang Perikatan Nasional (PN) malah sokongan rakyat terhadap PN dijangka diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusi PN Negeri Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, PH dan BN dilihat masih belum dapat tidur sebilik lagi biarpun membentuk…