Tag: Meninggal dunia
-
Bekas pelari pecut negara Anita Ali meninggal dunia
BEKAS pelari pecut wanita negara Anita Ali meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur, pada usia 49 tahun, semalam. Berita pemergian atlet yang pernah beraksi pada Sukan SEA era 80-an itu dikongsi Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata arwah meninggal dunia kira-kira 7.15 petang semalam akibat…
-
Ibu Chef Wan meninggal dunia
NORAINI Abdullah, iaitu ibu chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meninggal dunia pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada jam 6.20 pagi tadi. Allahyarham Noraini atau lebih dikenali sebagai Che Ani menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer. “Dengan penuh dukacita, ibu kesayangan…
-
Pele meninggal dunia
IKON bola sepak Brazil Pele yang dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan pemenang Piala Dunia tiga kali meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun. “Semua yang boleh kami ungkapkan kepada anda adalah terima kasih. Kami menyayangi anda tidak terhingga. Berehatlah dengan tenang,” tulis anak perempuan Pele, Kely Nascimento di Instagram.
-
Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya
SEPASANG kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini, atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa tahun lepas. L. Indran, 29, dan R. Vasanthi, 21, membuat pengakuan itu masing-masing di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas pertuduhan secara berasingan dibacakan…
-
Bekas MB Perlis, Hamid Pawanteh meninggal
BEKAS Menteri Besar Perlis yang keempat, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, meninggal dunia petang tadi. Berita pemergian Allahyarham dikongsi anaknya Natasya Pawanteh menerusi hantaran di Facebook yang menyatakan bahawa bapanya meninggal dunia sekitar jam 3.15 petang lapor Bh Online. Berita pemergian Allahyarham turut disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis yang…
-
Dr. Sidek Baba meninggal dunia
TOKOH pendidikan, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad dalam Facebook beliau. “Telah pulang ke rahmatullah Cikgu Dr. Sidek Baba pukul 7 lebih tadi. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmah dan maghfirah. Al-Fatihah,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online. Sidek…
-
Dua warga emas meninggal sebelum sempat mengundi
SEORANG warga emas wanita tidak sempat mengundi apabila menghembuskan nafas terakhir di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh pagi tadi. Dalam kejadian pukul 10.21 pagi itu, Tuminah Ambiah, 85, meninggal dunia sebelum sempat mengundi. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, kejadian berlaku ketika mangsa menunggu giliran untuk mengundi di saluran satu. Kakitangan Kementerian…
-
PRU-15: Calon PN DUN Tioman meninggal dunia
CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama. Md Yunus daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri…
-
Calon PH kerusi Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia
CALON PH kerusi Parlimen Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia. Berita itu disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil. “Saya boleh sahkan beliau meninggal dunia. Saya baru dapat tahu kira-kira 15 minit lalu dan masih menunggu berita lanjut,” katanya lapor FMT. Tambahnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergian Karupaiya. Ketua…
-
Lebih 3,000 iringi pengebumian Allahyarham Paksu Mid
JENAZAH ulama terkenal Kedah, Allahyarham Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid Kuala Pai, 96, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam pada jam 12 tengah hari pada Sabtu. Lebih 3,000 orang memenuhi kawasan tanah perkuburan tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Sebelum itu jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid An-Najjah…