Ibu Chef Wan meninggal dunia

0
234

NORAINI Abdullah, iaitu ibu chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meninggal dunia pada usia 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada jam 6.20 pagi tadi.

Allahyarham Noraini atau lebih dikenali sebagai Che Ani menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat penyakit kanser dan Alzheimer.

“Dengan penuh dukacita, ibu kesayangan saya sudah pun meninggal dunia dengan tenang pada jam 6.20 pagi sewaktu dalam tidur.

“Semoga roh ibu dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa beliau serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman nanti,” kata Che Wan melalui hantaran di Instagram (IG).

Menurut laporan BH Online, Chef Wan memberitahu, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Putrajaya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Dalam entri berkenaan, Chef Wan berterima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buat ibunya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here