Tag: Meninggal dunia
-
Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia
BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia hari ini. Perkara itu dimaklumkan anaknya Ahmad Qusyairi menerusi hantaran di Facebook yang menyatakan bapanya yang berusia 67 tahun meninggal dunia pada pukul 5.42 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca Allahyarham…
-
Ibu M Nasir meninggal dunia pada usia 88 tahun
PENYANYI dan komposer terkenal, Datuk M Nasir kehilangan ibunya, Aesah Yahya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediamannya di Singapura, pada Ahad. Pemergian Allahyarham Aeshah sekitar pukul 4.15 petang tadi akibat sakit tua dikongsi isteri M Nasir, Datin Marlia Musa menerusi satu hantaran. “Bonda kesayangan kami, Hajjah Aesah Yahya baru sahaja meninggalkan…
-
Abang Stacy Anam meninggal dunia
ABANG penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi di Hospital Sibu, Sarawak. Berita pemergian Chaq atau nama sebenarnya, Camellus Delleli Anam disampaikan adik lelakinya, Aldrich Andy Anam. “Abang saya sudah tiada. Jantungnya terhenti sekitar pukul 3.30 pagi,,” kata Aldrich…
-
Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia
BEKAS pemain bass pertama kumpulan XPDC (Tragedy) Man Tobey, 58, meninggal dunia tengah malam tadi selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Selayang. Allahyarham Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid yang juga pernah bermain untuk kumpulan Meditasi dan Garuda menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.04 tengah malam di hospital itu. Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan,…
-
Pengerusi IKIM, Prof Kamal Hassan meninggal dunia
PENGERUSI Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan, 80, meninggal dunia pukul 2.27 awal pagi tadi, akibat komplikasi berkaitan prosedur pembedahan, baru-baru ini. Berita kematian Mohd Kamal disahkan keluarga dalam kenyataan yang dikongsi melalui WhatsApp, di Kuala Lumpur hari ini. Solat jenazah akan diadakan di Surau Al-Mawaddah, Bandar Baru…
-
Bekas Ahli Parlimen Jelebu, ADUN Klawang, meninggal dunia
BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat atau lebih dikenali ‘Apak Yunus’, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Berita pemergian Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Jelebu, pada usia 68 tahun itu dikongsikan isterinya, Datin Juriah Suleiman, ketika dihubungi media. “Saya tidak sangka…
-
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor meninggal dunia
BEKAS Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman meninggal dunia pada usia 65 tahun pagi ini. Perkara itu dikongsikan menerusi kemas kini di Facebook Pas Selangor hari ini. Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru itu dilaporkan meninggal dunia pukul 5 pagi di Hospital Banting. Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Nushi Mahfodz…
-
Tahanan meninggal dunia dalam lokap di Baling
SEORANG lelaki yang ditahan di dalam lokap di Balai Polis Baling, sementara menunggu untuk dihantar semula ke Penjara Alor Setar meninggal dunia, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata orang kena tahan (OKT) itu yang berumur 35 tahun mengalami sesak nafas dan sawan sebelum diberi rawatan oleh pegawai perubatan dari Hospital Baling…
-
Manusia tertua dunia Sister Andre meninggal dunia pada usia 118 tahun
MANUSIA tertua di dunia iaitu Lucile Randon, meninggal dunia pada usia 118 tahun di bandar Toulon, selatan Perancis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Datuk Bandar Hubert Falco. Biarawati Perancis itu yang juga dikenali sebagai Sister Andre dilahirkan di bandar Ales selatan Perancis pada 11 Februari 1904. Sister Andre sebelum ini disenaraikan sebagai manusia tertua…
-
Pegawai khas TPM, Ramesh Rao meninggal dunia
PEGAWAI Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri Ramesh Rao dilaporkan meninggal dunia pagi tadi. Menurut Malaysiagazette, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung. Ramesh dikenali sebagai individu yang aktif memperjuangkan kebajikan masyarakat di negara ini, terutamanya kaum India. Pada 24 Dis lepas, pemimpin NGO…