Tag: Melaka
-
PRN Melaka: Majlis Syura Ulamak tentukan logo PAS
MAJLIS Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan beberapa perkara dasar termasuk penggunaan lambang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Timbalan Presiden Pas, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat juga akan memutuskan kelulusan seseorang menjadi calon Pas di samping pembentukan muafakat politik. “Sebagai badan tertinggi parti, Majlis Syura Ulamak akan…
-
PRN Melaka: PN pertaruh calon berpengalaman, muka baharu
PERIKATAN Nasional (PN) akan mempertaruhkan individu berpengalaman serta muka baharu sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini. Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mengesahkan perkara itu berkata kesepakatan itu dicapai hasil perbincangan bersama komponen PN. PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah…
-
SOP khas PRN Melaka dijangka diumum minggu depan
PROSEDUR operasi standard (SOP) khas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka dimuktamadkan minggu depan. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk TS Kamel Mohamad, berkata, garis panduan dan perbincangan mengenai SOP itu kini berada di peringkat akhir. “Kita sekarang di peringkat ‘working level’. Apa yang boleh saya katakan, kita sudah di peringkat 75 hingga 80 peratus dalam mempersiapkan…
-
Dewan Negara bertafakur kematian anggota bomba
DEWAN Negara hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Diya Che Jusoh, 46 yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, awal pagi tadi. Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah itu, semalam tidak sedarkan diri…
-
[VIDEO] Muhyiddin ziarah keluarga anggota bomba maut ketika bertugas
PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota bomba, Mohd Diya Che Jusoh yang meninggal dunia ketika bertugas dalam operasi banjir di Sungai Putat, Melaka semalam. Menurut perkongsian di laman Facebooknya, Muhyiddin berkongsi kesedihan apabila dimaklumkan Allahyarham terkorban dalam operasi menyelamat mangsa banjir. “Saya percaya seluruh rakyat Malaysia juga…
-
[VIDEO] Anggota bomba meninggal dunia akibat lemas, selamat dikebumikan
SUASANA pilu menyelubungi pasukan bomba Melaka hari ini, apabila salah seorang daripada rakan mereka menghembuskan nafas terakhir selepas terbabit dalam insiden lemas semalam, ketika operasi membantu mangsa banjir. Mohd. Diya Che Jusoh, 46 tahun, meninggal dunia pukul 3.11 pagi tadi selepas dikejarkan ke Hospital Melaka sejurus kejadian pada pukul 4 petang semalam. Difahamkan, kejadian malang…
-
Anggota bomba rebah selamatkan mangsa banjir meninggal dunia pagi tadi.
ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam, meninggal dunia awal pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata mangsa, Mohd Diya Che Jusoh, 46, meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi…
-
Idris Haron belum pilih kawasan bertanding PRN Melaka
BEKAS Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron belum membuat keputusan sama ada mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang yang dimenanginya sejak tahun 2013 atau sebaliknya. Idris menegaskan, beliau sedang mempertimbangkan pelbagai aspek sebelum membuat keputusan muktamad mengenai kerusi yang bakal ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini. Memetik…
-
[VIDEO] PRN Melaka – tarikh mengundi 20 November
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November. Tempoh berkempen pula adalah 10 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November,” katanya…
-
Tiga pelajar antara 18 ditahan dalam parti liar di Melaka
SEORANG pelajar lelaki sebuah sekolah menengah serta seorang pelajar lelaki dan perempuan institusi pengajian tinggi (IPT) antara 18 individu ditahan selepas terlibat dalam parti liar di sebuah inap desa di Alai, di sini awal pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Superintendan Zulkiflee Rashid berkata kesemua 14 lelaki, pelajar perempuan serta tiga wanita berusia lingkungan 15 hingga 24 tahun…