Tag: Mahkamah Rayuan
-
5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan dan hukuman
RAYUAN Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Okt. Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Pengurusan kes itu akan didengar di…
-
31 Oktober pengurusan kes rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Samirah,dua remaja
MAHKAMAH Rayuan telah menetapkan 31 Okt ini untuk pengurusan kes bagi rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan. Peguam Rahmat Mohamed Hazlan, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa mahkamah telah menetapkan tarikh itu sebagai pengurusan kes selanjutnya kerana rekod rayuan belum siap. Rayuan itu ditetapkan…
-
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Oktober
MAHKAMAH Rayuan menetapkan 13 Okt bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan kerani Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017. Peguam Harvinderjit Singh, seorang daripada peguam yang mewakili Sam, apabila dihubungi berkata tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar…
-
Liwat murid: Bekas guru pelatih dipenjara enam tahun, dua sebatan
SEORANG bekas guru pelatih terpaksa menjalani hukuman penjara enam tahun selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk mengetepikan sabitan atas kesalahan meliwat seorang murid tahun enam pada 2016. Mohamad Harman Faiz Hassin, 30, yang dibebaskan dengan ikat jamin RM22,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya selesai, turut diperintah disebat dua kali. Panel tiga hakim diketuai…
-
Edar dadah: Mahkamah rayuan kekal hukuman gantung dan penjara terhadap kelindan lori
SEORANG kelindan lori gagal dalam usaha untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahan mengedar 83.03 gram Methamphetamine empat tahun lepas setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya. M. Santanasamy, 45, juga tidak berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan sebatan rotan yang dikenakan terhadapnya atas dua lagi pertuduhan memiliki dadah. Panel tiga hakim terdiri daripada…
-
Rayuan UMNO batalkan saman SRC International ditolak
MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak rayuan UMNO untuk membatalkan saman yang difailkan terhadap parti politik itu oleh SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya untuk menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada UMNO. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Seri Mariana Yahya mendapati tiada merit dalam rayuan…
-
SPRM selesai siasatan ke atas hakim Nazlan, tunggu keputusan AGC
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyelesaikan siasatan ke atas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, ia berkata siasatan telah selesai pada hari Rabu, dan kini menunggu tindakan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara. Memetik laporan MalaysiaKini, Nazlan ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara…
-
Ikhtiar terakhir selamatkan Nagaenthran daripada hukuman mati gagal
MAHKAMAH Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya. Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.…
-
Bekas finalis Masterchef Malaysia hadapi tuduhan bunuh, bebas dengan jaminan
BEKAS finalis program MasterChef Malaysia 2012, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong yang menghadapi pertuduhan membunuh, dibenar diikat jamin oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini sementara menunggu kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Supang Lian dan Datuk M. Gunalan dalam keputusan sebulat suara, membenarkan Etiqah diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah…
-
Jangan ragui integriti Hakim Nazlan, kata rakan
HAKIM Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali disifatkan sebagai individu berintegriti tinggi yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Perkongsian mengenai keperibadian Mohd Nazlan itu dibuat oleh seorang rakannya, susulan dakwaan beliau kini sedang disiasat kerana menerima wang lebih RM1 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. Zaim Al-Amin menerusi hantaran di…