Tag: mahkamah majistret
-
Bapa didakwa bunuh bayi lelaki berusia enam bulan
SEORANG pembantu perubatan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas. Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa…
-
Mekanik didakwa edar kanabis lebih 60kg
SEORANG mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis lebih 60 kilogram, bulan lepas. Mohd Borhan Saim, 37, didakwa mengedar kanabis seberat 63,120 gram di tepi Jalan Kampung Parit Selamat, Mukim 7, Yong Peng, Batu Pahat, pada 8.30 malam, 26 Mac lepas. Bapa seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a)…
-
Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas, dibebaskan
MAHKAMAH Majistret hari ini melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu selepas wanita itu menarik balik kes terhadap ahli perniagaan itu. Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu, setelah membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal, supaya anak guamnya dilepas dan…
-
Bunuh rakan satu sel, banduan dihadapkan ke mahkamah
SEORANG banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan yang berkongsi sel dengannya di Kompleks Penjara Sungai Udang, bulan lalu. Mohd Fahrur Radzi Chahat, 34, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin, dan tiada pengakuan direkodkan daripadanya. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja…
-
Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
SEORANG ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret George Town hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas. Nadzirah Azizoh @ Azizam, 43, dari Jalan Pokok Sena, Kedah mengaku bersalah terhadap dakwaan melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Penang antara pukul 2 pagi…
-
Rogol adik kandung: Abang mangsa dihantar ke Sekolah Henry Gurney
REMAJA lelaki berusia 15 tahun yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak bulan lalu telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret JempolA pada Selasa untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney. Majistret, Norshazwani Ishak membuat keputusan itu selepas meneliti laporan sosial remaja terbabit yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahkamah memerintahkan remaja itu…
-
SPRM reman 10 individu termasuk penjawat awam
SERAMAI 10 individu termasuk lima penjawat awam membabitkan tiga agensi penguatkuasaan di laut direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Alor Setar di sini, hari ini, selepas mendapat permohonan pegawai penyiasat SPRM Putrajaya. Terdahulu, kesemua suspek berusia antara 26…
-
Ugut bunuh ibu sendiri, lelaki dipenjara 10 bulan
SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin hari ini atas pertuduhan mengugut bunuh ke atas ibunya sendiri dalam kejadian di Felda Jelai 1, Gemas, di sini, Selasa lalu. Tertuduh, Mohamad Azuandi Sitam, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran. Berdasarkan pertuduhan, pada 21 Februari lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di kawasan…
-
Remaja curi tabung surau diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney
SEORANG remaja lelaki yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas dia mengaku salah mencuri wang tabung surau, tahun lepas. Majistret Nur Hafizah Rajuni membuat keputusan itu semalam selepas meneliti laporan sosial dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap…
-
Wanita didakwa bunuh suami
WANITA warga India dan rakan sekerja didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya, dua tahun lalu. Tertuduh, Varun Kumar, 30, dan Lachhami Devi, 23, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara bersama dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman. Bagaimanapun,…