Tag: Love scam
-
Padah ‘love scam’, kontraktor rugi RM98,648
SEORANG kontraktor di Cameron Highlands dakwa mengalami kerugian RM98,648 selepas terpedaya sindiket ‘love scam’ menerusi Facebook. Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata, lelaki berusia 39 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita kononnya dari luar negara pada tahun lalu. “Suspek kemudian memaklumkan dia sudah berada di negara ini bersama wang Euro 81,000, tetapi ditahan pihak…
-
Doktor rugi RM90,000 terpedaya Love Scam
SEORANG doktor wanita kerugian RM94,001 dipercayai akibat jerat sindiket ‘Love Scam’ selepas terperdaya dengan seorang lelaki yang dikenali melalui Facebook sejak Januari lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata perkenalan antara mangsa berusia 31 tahun dengan lelaki terbabit yang mendakwa bekerja di luar negara, berterusan menerusi WhatsApp menggunakan nombor…
-
Juruteknik rugi RM222,473 terperdaya love scam Facebook
SEORANG juruteknik kilang di Seremban kerugian RM222,473 selepas menjadi mangsa ‘love scam’ atau penipuan cinta oleh wanita yang dikenali menerusi laman Facebook sejak Januari lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, juruteknik lelaki berusia 45 tahun itu dihubungi oleh seorang wanita menerusi aplikasi ‘messenger’ Facebook…
-
Kes tipu dalam talian akibatkan kerugian lebih RM1.6 bilion
SEBANYAK 51,631 kes membabitkan jenayah dalam talian direkodkan bagi tempoh 2019 sehingga 2021 dengan kerugian bernilai lebih RM1.6 bilion. Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, berkata pembelian dalam talian merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 18,857 kes, diikuti pinjaman tidak wujud dengan 15,546 kes. “Pelbagai usaha dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memerangi sindiket…
-
Kes tipu, rugi RM43.4 juta
SEBANYAK 1,475 kertas siasatan dibuka membabitkan kes penipuan di Pahang membabitkan kerugian lebih RM43.4 juta sepanjang tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, daripada keseluruhan kertas siasatan yang dibuka sepanjang 2021, penipuan membabitkan jual beli dalam talian merekodkan jumlah tertinggi dengan 658 kes membabitkan nilai kerugian lebih RM9.3…
-
Pesara lesap lebih RM52,000 terpedaya ‘Love Scam’
SEORANG pesara kerugian RM52,300 akibat terpedaya dengan kegiatan Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial pada Disember lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 74 tahun itu dikatakan telah dihubungi suspek melalui Facebook dengan nama Nelson Michael Jr yang mendakwa dirinya berasal dari Amerika Syarikat namun…
-
‘Ibrahim Ali’ tipu penoreh getah RM74,800
SEORANG penoreh getah di Kedah kerugian RM74,800 selepas berkenalan dengan seorang individu melalui laman sosial Facebook sejak awal Julai lalu. Wanita berusia 63 tahun itu, yang sudah berkahwin, mula berkenalan dengan suspek melalui laman sosial tersebut sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, suspek dikatakan memperkenalkan dirinya…
-
Tujuh diberkas termasuk dua wanita terlibat sindiket ‘love scam’
POLIS menahan tujuh individu termasuk dua wanita warganegara asing yang disyaki terlibat dengan sindiket penipuan ‘love scam’ dalam serbuan berasingan di tiga premis di Puchong, semalam. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu menyasarkan mangsa dalam kalangan rakyat Malaysia…
-
Dua jadi mangsa sindiket Love Scam menerusi Facebook
Oleh Wartawan Satu Berita SEORANG lelaki dan seorang wanita di Butterworth, Pulau Pinang kerugian kira-kira RM27,500 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket Love Scam menerusi laman sosial Facebook. Mangsa lelaki berusia 54 tahun kerugian sebanyak RM13,790 selepas berkenalan dengan seorang wanita yang mendakwa berasal dari Amerika Syarikat. Mangsa wanita berusia 48 tahun pula kerugian sebanyak RM13,7000…