Tag: Lemas
-
Banjir: Seorang daripada dua lelaki dilaporkan hilang ditemukan maut
SEORANG daripasa dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari Beluran, Sabah ditemukan maut di kawasan pokok bakau di Kuala Penubukan. Ketua Polis Daerah Beluran Superintenden Kasim Muda dalam kenyataan malam tadi memaklumkan mayat Rajis Nawang, 28, yang merupakan seorang nelayan, ditemukan pada kira-kira…
-
Bot karam: dua lemas, seorang masih hilang
KEGEMBIRAAN sembilan individu termasuk enam beradik berekreasi di Pantai Batu Payung, Tawau, Sabah semalam berakhir dengan tragedi, apabila perahu dinaiki mereka karam di perairan Batu Payung dipukul ombak, mengakibatkan dua lemas, dan seorang masih hilang. Dua beradik yang lemas dikenali Saiful Muhaimin, 15, ditemukan di laut, adiknya Jaidi, 5, terdampar di persisir pantai, manakala kakak mereka Rahena, 20, masih…
-
Lelaki korban keempat banjir di Kelantan
SEORANG lelaki berusia 46 tahun menjadi korban keempat banjir yang melanda Kelantan sejak 17 Disember lepas. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mangsa keempat itu dikenali sebagai Mohd Razi Jaafar yang ditemukan lemas pada pukul 5.30 petang tadi selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Lubok Jong dekat Kampung Serongga. Beliau berkata…
-
47 mangsa korban banjir, lima masih hilang – KPN
POLIS Diraja Malaysia mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa. “Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita dan di Pahang melibatkan 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya…
-
45 korban banjir dilaporkan, lima masih hilang
SEBANYAK 46 mangsa korban banjir dicatatkan setakat 4 pagi tadi, dengan lima lelaki di Pahang dilaporkan masih lagi hilang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata daripada jumlah itu, 25 kematian dicatatkan di Selangor membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita, manakala di Pahang sejumlah 18 kematian membabitkan 12 lelaki, empat perempuan…
-
Pemuda hilang sejak Rabu ditemui lemas
SELEPAS beberapa hari dilaporkan hilang ketika mandi di sungai, seorang pemuda ditemui lemas kawasan Jambatan Pekan Sehari, Kuala Krau, Pahang, petang semalam. Mangsa, Lais Hirraz Mohd Syara, 22, hilang ketika mandi di sungai bersama sepupunya pada Rabu lalu. Mayatnya ditemui terapung di permukaan sungai oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan tinjauan dari atas…
-
Dua termasuk kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika redah air di padang bola
DUA lelaki termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, Temerloh, Pahang, semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima maklumat pada 3.15 petang sebelum menggerakkan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan…
-
Banjir: Sembilan lemas di Shah Alam
JUMLAH mangsa disahkan lemas akibat banjir di Shah Alam, Selangor meningkat kepada sembilan orang sehingga awal pagi hari ini. Ketika memaklumkan perkembangan terkini itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata seramai dua mangsa dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi mangsa dijumpai semalam. “Keseluruhan angka kematian membabitkan lemas adalah seramai sembilan…
-
Mayat korban kedua banjir Pahang ditemukan
LELAKI yang dilaporkan hilang selepas meredah banjir di Kampung Cempaka di sini semalam, menjadi korban kedua banjir di Pahang selepas mayatnya ditemukan pada 7.15 pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Mohd Halmi Nazlan ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat dan telah diserahkan…
-
Banjir: 10 hilang di Pahang, keadaan di Hulu Langat ibarat dilanda tsunami
SEPULUH individu dilapor hilang, dipercayai dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir di Pahang, dengan lapan daripadanya dipercayai melibatkan dua kejadian kepala air di Bentong, Pahang. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata tiga termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilapor hilang dalam kejadian di sebuah chalet pada Sabtu, manakala…