Tag: Lemas
-
Dua remaja lemas ketika mandi sungai di Segamat
DUA remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi di Sungai Pulau Jering di Kampung Bukit Tunggal di Segamat, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata mangsa Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12, dan Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, yang tinggal berjiran itu masing-masing merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah.…
-
Wanita lemas bot karam, 3 lagi termasuk 2 kanak-kanak masih hilang
SEORANG wanita ditemui lemas dalam kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon, Sepulut, Sabah, semalam yang turut mengakibatkan tiga individu termasuk dua kanak-kanak dikhuatiri lemas Mangsa berusia 26 tahun ditemui oleh penduduk kampung, kira-kira 3 petang. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada…
-
Mayat buruh lemas ditemui selepas 30 jam
MAYAT seorang buruh yang lemas semasa mandi bersama rakannya di Sungai Lebir, Manek Urai, Kuala Krai kelmarin ditemui dalam keadaan terapung di kawasan sungai tersebut selepas lebih 30 jam hilang. Mangsa, Mohd. Zulkifli Salleh, 31, dijumpai kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi dia mandi selepas memancing bersama tiga rakannya oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota…
-
Mayat lelaki Orang Asli ditemui lemas ketika jala ikan
MAYAT lelaki Orang Asli yang dipercayai lemas ketika menjala ikan petang semalam, ditemukan dalam bekas tapak lombong di Jalan Solok Menggong, Machap Baru pada 9.17 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mangsa Jerrey Juli, 33, yang beralamat di Kampong Orang Asli Kubang Badak, Tebong itu telah pergi ke lokasi berkenaan bersama…
-
Kanak-kanak maut dipercayai lemas di kolam renang
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai lemas di kolam renang sebuah hotel di Mentakab, Temerloh semalam. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata kejadian dipercayai berlaku pada 4.45 petang selepas mangsa yang merupakan anak tunggal, dibawa teman lelaki ibunya yang berusia 41 tahun untuk beriadah. “Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai…
-
Mayat kanak-kanak lelaki lemas di Bachok dijumpai
MAYAT seorang kanak-kanak lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di Pantai Kemayan, Bachok semalam, ditemukan hari ini. Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, ditemukan pada 1.40 tengah hari tadi oleh orang awam di Pantai Senok, kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tergelincir.…
-
Pekerja penyelenggara jeti jatuh dalam laut ditemui lemas
SEORANG pekerja kontrak berusia 27 tahun sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih sebuah jeti di sini, mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di pinggir bandar ini, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Riham Abdollah, berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa dari sebuah syarikat kontraktor kecil ditugaskan…
-
Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Bachok
SEORANG kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di Pantai Kemayan pagi tadi. Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi, mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, belum ditemukan selepas cuba menyelamatkan Muhammad Nabil Irfan Ismail Mokhtar, 11, yang tergelincir dari benteng batu di pantai terbabit.…
-
Wanita dikhuatiri lemas terjatuh sungai ketika menyeberangi jambatan
SEORANG wanita dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur Bukit Ibam, Rompin awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian seorang lelaki dan wanita dikatakan terjatuh, sebelum dihanyutkan arus sekitar 4 pagi tadi. Bagaimanapun, beliau berkata lelaki itu dikatakan…
-
Warga emas ditemukan maut dalam kereta selepas banjir surut
SEORANG warga emas maut akibat lemas di dalam keretanya yang ditemukan di ladang kepala sawit di jalan utama Felda Selancar 2, Rompin, selepas banjir surut. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan Abdullah Satar, 73, yang merupakan peneroka di Felda itu pada 6.40 petang semalam. “Berdasarkan siasatan awal, keluarganya…