Wanita dikhuatiri lemas terjatuh sungai ketika menyeberangi jambatan

0
224

SEORANG wanita dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur Bukit Ibam, Rompin awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian seorang lelaki dan wanita dikatakan terjatuh, sebelum dihanyutkan arus sekitar 4 pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata lelaki itu dikatakan berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung manakala mangsa perempuan yang dikenali sebagai Nur Hafizah Zailan, 23, hanyut dibawa arus.

“Polis telah meminta bantuan agensi berkaitan untuk membantu mencari mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang memaklumkan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata bomba bersama polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, telah ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa menggunakan laluan darat dan air.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here