Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
lelaki Archives -

Tag: lelaki

  • Penghantar makanan ditahan bantu siasatan kes baling bungkusan makanan

    Penghantar makanan ditahan bantu siasatan kes baling bungkusan makanan

    POLIS menahan seorang penghantar makanan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki membaling bungkusan makanan dan minuman ke arah dua pekerja wanita di sebuah restoran, di Nibong Tebal semalam. Video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan kejadian itu turut tular menerusi media sosial. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd…

  • Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Bachok

    Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Bachok

    SEORANG kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di Pantai Kemayan pagi tadi. Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi, mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, belum ditemukan selepas cuba menyelamatkan Muhammad Nabil Irfan Ismail Mokhtar, 11, yang tergelincir dari benteng batu di pantai terbabit.…

  • Lelaki bakar rumah keluarga, berang dilapor penglibatan dadah

    Lelaki bakar rumah keluarga, berang dilapor penglibatan dadah

    BERANG selepas mengesyaki ahli keluarga melaporkan penglibatannya dalam aktiviti dadah, seorang lelaki bertindak membakar rumah keluarganya di Skim Penempatan Semula Kampung Sungai Alo di Mukah malam tadi. Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias dalam kenyataan berkata kejadian kira-kira 7.40 malam itu menyebabkan 12 penghuni termasuk suspek telah kehilangan tempat tinggal. “Suspek yang merupakan penganggur berusia…

  • Mayat lelaki ditemukan dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang

    Mayat lelaki ditemukan dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang

    SATU mayat lelaki ditemukan di kunci air Sungai Kerdas, Gombak, Kuala Lumpur, hari ini dipercayai mangsa lemas Sungai Pisang, Batu 12, pada Ahad lepas. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan berkata mayat ditemukan pada 10.34 pagi kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa mandi-manda. Ahad lepas, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an…

  • Tiga lelaki ditahan ceroboh gudang bersenjatakan pedang samurai

    Tiga lelaki ditahan ceroboh gudang bersenjatakan pedang samurai

    POLIS menahan tiga lelaki warga tempatan atas cubaan menceroboh sebuah gudang simpanan barangan keperluan harian menggunakan pedang samurai, playar dan pemotong besi di Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan, Telok Panglima Garang pada 3 Feb lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 pada pukul 3.45 pagi…

  • Lelaki ditahan bantu siasatan muat naik video berunsur fitnah di TikTok 

    Lelaki ditahan bantu siasatan muat naik video berunsur fitnah di TikTok 

    POLIS menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes memuat naik sebuah video berunsur fitnah ke atas anggota polis trafik menerusi akaun TikTok. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata penarik baja berusia 39 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan direman hingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen…

  • Padah tayang ‘anu’, lelaki direman empat hari

    Padah tayang ‘anu’, lelaki direman empat hari

    SEORANG lelaki yang ditahan polis kerana menunjukkan kemaluan terhadap dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal semalam, direman empat hari untuk membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata suspek dikenakan perintah reman mulai hari ini hingga 9 Februari ini. Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 26 tahun itu tidak mempunyai…

  • Warga emas mengaku tidak bersalah sembilan pertuduhan terima, pindah RM700,000 wang aktiviti haram

    Warga emas mengaku tidak bersalah sembilan pertuduhan terima, pindah RM700,000 wang aktiviti haram

    SEORANG lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas sembilan pertuduhan menerima, memindahkan dan melupuskan wang hasil daripada aktiviti haram membabitkan lebih RM700,000, tiga tahun lepas. Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Ahmad Yusri Mohd Yunus, 67, didakwa menerima wang berjumlah RM705,625, yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun bank milik…

  • Tiga lelaki ditahan disyaki samun kedai runcit

    Tiga lelaki ditahan disyaki samun kedai runcit

    TIGA lelaki ditahan disyaki menyamun sebuah kedai runcit di Jalan Enggang, Taman Keramat, di sini, Ahad lepas yang melibatkan kerugian RM5,000. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata dalam kejadian 9.25 malam itu, ketiga-tiga suspek telah datang ke kedai berkenaan dengan menyamar sebagai pegawai kastam untuk membuat pemeriksaan, sebelum bertindak mengambil duit perniagaan…

  • Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

    Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

    POLIS menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda. Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan. Difahamkan, lelaki…