Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
lCS Archives - Page 2 of 6 -

Tag: lCS

  • Apa status siasatan SPRM terhadap projek kapal tempur luar pesisir? – Ikmal Hisham

    Apa status siasatan SPRM terhadap projek kapal tempur luar pesisir? – Ikmal Hisham

    AHLI Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz meminta kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) memberi maklumat terkini mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan skandal Kapal Tempur Luar Pesisir (LCS). Menurutnya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah melengkapkan siasatan mereka dan juga telah dibawanya kepada pihak SPRM. “Dan sebab…

  • LCS: Aktivis persoal kenyataan ‘pusingan-U’ Anwar

    LCS: Aktivis persoal kenyataan ‘pusingan-U’ Anwar

    SEORANG aktivis Kua Kia Soong menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan mengapa kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang dibayangi skandal. Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, semasa Anwar menjadi ketua pembangkang, beliau menggesa supaya fasa seterusnya projek LCS dimansuhkan dengan berkata, dana itu perlu…

  • LCS: SPRM sedia jumpa Raja Petra atas dakwaan babit Zahid

    LCS: SPRM sedia jumpa Raja Petra atas dakwaan babit Zahid

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menemui penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaannya terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima sogokan SGD20 juta (kira-kira RM67 juta) berkaitan projek bermasalah kapal tempur pesisir (LCS). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu FMT, agensi itu akan membenarkan Raja Petra yang dikenali sebagai RPK mencadangkan lokasi…

  • Projek LCS: 2 sub-kontraktor saman Boustead Naval Shipyard, Boustead Heavy Industries

    Projek LCS: 2 sub-kontraktor saman Boustead Naval Shipyard, Boustead Heavy Industries

    BOUSTEAD Naval Shipyard (BNS) dan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) disaman oleh dua sub-kontraktor yang terlibat dalam projek kontroversi kapal tempur pesisir (LCS), lapor portal FMT. Dalam pengumuman kepada Bursa, BHIC berkata, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Sept oleh Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn…

  • ‘Amalan rasuah di Malaysia sudah berada pada skala membahayakan’ – Sultan Nazrin

    ‘Amalan rasuah di Malaysia sudah berada pada skala membahayakan’ – Sultan Nazrin

    AMALAN rasuah di negara ini disifatkan berada pada skala yang membahayakan, berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara (KAN) secara berulang kali dan pelbagai penemuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda bertitah, atas dasar itu, semua pihak tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian dan memikirkan…

  • Kesemua penama dalam lejar UKSB telah dipanggil

    Kesemua penama dalam lejar UKSB telah dipanggil

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil kesemua penama yang tersenarai dalam lejar Ultra Kirana Sdn Bhd, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang menjangkakan kertas siasatan mengenainya siap dalam masa terdekat. “Siasatan mengenai UKSB kita telah jalankan dan telah memanggil kesemua penama-penama yang disebutkan dalam lejar itu. Saya jangka dalam tempoh terdekat…

  • LCS: Ahli Parlimen buat laporan SPRM penglibatan menteri

    LCS: Ahli Parlimen buat laporan SPRM penglibatan menteri

    AHLI Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini membuat laporan SPRM bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam skandal projek kapal pesisir (LCS). Memetik laporan Malaysiakini, Akmal berkata, laporan itu dibuat bagi mengembalikan tumpuan terhadap skandal projek berjumlah RM9 bilion itu. “Apa yang…

  • Pendedahan LCS: Polis ambil keterangan Rafizi 3 petang ini

    Pendedahan LCS: Polis ambil keterangan Rafizi 3 petang ini

    TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli, mengesahkan dipanggil polis untuk dirakam keterangan susulan pendedahan beliau mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS). Perkara itu dimaklumkan Rafizi menerusi hantaran di Facebook yang turut memuat naik surat arahan menghadiri siasatan polis. Katanya, beliau akan hadir jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul. “Saya dipanggil polis…

  • LCS: Laporan audit tunjuk perjanjian ‘luar biasa’ sebelum kontrak diberikan

    LCS: Laporan audit tunjuk perjanjian ‘luar biasa’ sebelum kontrak diberikan

    DUA audit yang dijalankan secara berasingan berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendedahkan bahawa kemungkinan terdapat perjanjian antara kontraktor utamanya dan pembuat kapal kontroversi, DCNS sebelum kerajaan mengeluarkan kontrak. Memetik laporan Malaysiakini, ini berdasarkan sebut harga yang dikeluarkan oleh DCNS kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) bertarikh 23 Disember…

  • LCS: Muhyiddin pandang serius dakwaan menteri Bersatu terlibat, minta tubuh RCI

    LCS: Muhyiddin pandang serius dakwaan menteri Bersatu terlibat, minta tubuh RCI

    TAN SRI Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan penglibatan seorang menteri daripada parti tersebut dalam skandal LCS. Dalam satu kenyataan Presiden Bersatu itu berkata, beliau  memandang serius penemuan laporan audit forensik yang telah diterbitkan mengenai skandal LCS yang antara lain menimbulkan dakwaan berkenaan. “Menteri…