Tag: Kuala Kedah
-
Feri bawa 511 penumpang terkandas di muara Kuala Kedah
AGENSI Penguatkuasaan Maritm Malaysia (Maritim Malaysia) telah membantu menyelamatkan 511 penumpang Feri Express Bahagia 168 yang terkandas di muara Kuala Kedah pada pukul 9.15 malam, semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata pihaknya menerima panggilan dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan feri dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah…
-
Air pasang besar landa Kuala Kedah; air laut melepasi paras diramalkan, melimpah
FENOMENA air pasang besar di Kuala Kedah, hari ini, menyebabkan paras air laut naik mencecah 2.95 meter (m) sehingga melimpah ke beberapa kawasan. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, berkata air pasang besar berlaku pada jam 12.40 tengah malam tadi dengan peningkatan air laut melepasi paras 2.90m yang diramalkan sebelum ini.…
-
Pujukan bomba selamatkan wanita daripada terjun jambatan
CUBAAN seorang wanita yang mengalami kemurungan untuk terjun dari Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah pada Isnin berjaya digagalkan hasil usaha pujukan anggota bomba. Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, wanita berusia 19 tahun itu berjaya diselamatkan anggotanya dari…
-
ASP, Koperal antara lima didakwa seludup 119 migran warga Myanmar
SEORANG pegawai kanan dan seorang pegawai rendah polis antara lima individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan penyeludupan 119 migran warganegara Myanmar pada Mei lepas. ASP Mohamad Faizal Ahmad Zaki, 37, dan Koperal Mohd Razin Razali, 32, didakwa menyeludup migran warganegara Myanmar itu di kedudukan kira-kira 1.9 batu nautika dengan daratan Kuala…
-
Tiga ditahan, cuba seludup 1.3 tan daun ketum
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah, berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1.3 tan daun ketum dan menahan tiga lelaki, semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 33 hingga 39 tahun itu, ditahan di kedudukan 1.0 batu nautika barat muara Kuala Kedah pada pukul…
-
Feri Kuala Kedah ditutup dua minggu
PERKHIDMATAN feri Kuala Kedah ke Langkawi dihentikan selama dua minggu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah, bermula esok. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Baharin Baharom mengesahkan bahawa Terminal Feri Kuala Kedah ditutup sehingga 19 September ini. Penumpang yang keluar masuk Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan feri yang menyediakan…