Air pasang besar landa Kuala Kedah; air laut melepasi paras diramalkan, melimpah

0
174

FENOMENA air pasang besar di Kuala Kedah, hari ini, menyebabkan paras air laut naik mencecah 2.95 meter (m) sehingga melimpah ke beberapa kawasan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, berkata air pasang besar berlaku pada jam 12.40 tengah malam tadi dengan peningkatan air laut melepasi paras 2.90m yang diramalkan sebelum ini.

Beliau berkata, antara kawasan dinaiki air ialah Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Pekan Kuala Kedah.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar telah melakukan pemantauan di sekitar kawasan terbabit antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi tadi.

“Hasil pemantauan mendapati berlaku limpahan air di Pekan Kuala Kedah dan Pasar Kota Marina akibat air pasang besar. Selain itu, terdapat sedikit kenaikan paras air di Terminal Feri Kuala Kedah dan Taman Seri Putra, Kuala Kedah.

“Bagaimanapun, tiada rumah dan premis perniagaan yang terjejas. Keadaan masih terkawal dan tidak menjejaskan aktiviti setempat, setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norlizawati berkata, tiada angin dan hujan dilaporkan berlaku ketika kejadian air pasang besar.

Bagaimanapun, beliau berkata, penduduk di kawasan pesisir pantai di Kuala Kedah dinasihatkan berhati-hati dan mengambil melangkah persediaan berikutan air pasang besar dijangka terus berlaku pada awal pagi esok dan Sabtu ini.

Media semalam melaporkan air pasang besar diramalkan berlaku di dua daerah di negeri ini membabitkan Kota Setar dan Kuala Muda, selama tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here