Tag: korban banjir
-
47 mangsa korban banjir, lima masih hilang – KPN
POLIS Diraja Malaysia mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa. “Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita dan di Pahang melibatkan 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya…
-
45 korban banjir dilaporkan, lima masih hilang
SEBANYAK 46 mangsa korban banjir dicatatkan setakat 4 pagi tadi, dengan lima lelaki di Pahang dilaporkan masih lagi hilang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata daripada jumlah itu, 25 kematian dicatatkan di Selangor membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita, manakala di Pahang sejumlah 18 kematian membabitkan 12 lelaki, empat perempuan…
-
Banjir: Sembilan lemas di Shah Alam
JUMLAH mangsa disahkan lemas akibat banjir di Shah Alam, Selangor meningkat kepada sembilan orang sehingga awal pagi hari ini. Ketika memaklumkan perkembangan terkini itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata seramai dua mangsa dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi mangsa dijumpai semalam. “Keseluruhan angka kematian membabitkan lemas adalah seramai sembilan…
-
Banjir: 14 korban direkodkan di seluruh negara
TEMPOH 24 jam tanpa hujan lebat di beberapa negeri sedikit memberikan kelegaan dan kegembiraan buat mangsa terjejas dengan banjir yang telah memasuki hari ketiga. Namun keadaan cuaca panas itu yang membolehkan keadaan air di beberapa kawasan mulai surut, turut membawa berita duka buat negara apabila terdapat angka korban akibat bencana telah direkodkan. Lapan mayat ditemukan di Selangor manakala Pahang mencatat jumlah korban…
-
Mangsa banjir Pantai Timur meningkat, operator kilang korban pertama
MANGSA banjir di tiga negeri Pantai Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang – semakin meningkat dengan 635 orang dari 131 keluarga dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) setakat pukul 4 petang semalam berbanding kira-kira 200 mangsa pagi tadi. Banjir yang mula melanda sejak awal pagi ini turut meragut satu nyawa apabila mayat seorang operator kilang ditemukan…
-
Pemukat ikan korban banjir pertama di Kedah
SEORANG lelaki yang memukat ikan menjadi korban pertama banjir di Kedah selepas lemas di kawasan bendang berhampiran sungai di Kampung Seluang, Jitra, pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata mayat Omar Ismail, 22, ditemui jam 9.20 pagi oleh sepasukan anggota Pasukan…