Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
korban Archives -

Tag: korban

  • Korban di Sudan meningkat kepada 528 orang

    Korban di Sudan meningkat kepada 528 orang

    JUMLAH korban di Sudan akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 528 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu. Sementara itu, seramai 4,599 orang lagi cedera dalam keganasan yang berlaku dari 15 April hingga 27 April, lapor Agensi Anadolu. Menurut kementerian itu, 12 daripada 18 negeri di Sudan…

  • Malawi: Siklon Freddy ragut 447 nyawa, lebih 362,000 hilang tempat tinggal

    Malawi: Siklon Freddy ragut 447 nyawa, lebih 362,000 hilang tempat tinggal

    JUMLAH korban akibat siklon Freddy di selatan Malawi mencecah 447 orang setakat pukul 7 malam waktu tempatan (1700 GMT) Sabtu manakala seramai 362,928 penduduk telah dipindahkan. Menurut kemas kini Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA) pada Sabtu, seramai 918 penduduk cedera dan 282 lagi hilang, lapor Xinhua. Anggota tentera, polis dan pasukan penyelamat lain masih…

  • Darurat diisytihar di beberapa wilayah, korban protes ganas di Peru cecah 60 orang

    Darurat diisytihar di beberapa wilayah, korban protes ganas di Peru cecah 60 orang

    PROTES ganas yang berlarutan di Peru terus meragut nyawa apabila 60 orang disahkan terkorban setakat ini sejak bantahan meletus pada 11 Disember lalu, lapor Agensi Anadolu. Polis turut menyerbu Universiti San Marcos di Lima dan menahan 200 pelajar. Kerajaan telah mengisytiharkan darurat di beberapa wilayah yang memberi kuasa kepada tentera untuk campur tangan. Protes itu…

  • Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai elit digantung tugas

    Ketua Polis Malang dipecat, 9 pegawai elit digantung tugas

    KETUA Polis Malang, Indonesia dipecat manakala sembilan pegawai elit polis digantung tugas berkuat kuasa semalam, berhubung insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Indonesia, Sabtu lalu yang mengorbankan 125 nyawa serta mencederakan 323 mangsa. Jurucakap Polis Indonesia, Dedy Prasetyo mengesahkan, Ketua Polis Malang, Ferli Hidayat dipecat semalam, manakala sembilan anggota polis elit yang digantung…

  • 11 lembu ditemukan mati di Kuala Nerus

    11 lembu ditemukan mati di Kuala Nerus

    BANGKAI 11 ekor lembu dalam keadaan berulat ditemukan di sebuah kawasan terbiar di Kampung Sungai Lekar, Kuala Nerus, Terengganu, dipercayai dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut seorang penduduk kampung itu Wan Zaidi Wan Jaafar, 48, berkata bangkai lembu tersebut dijumpai penduduk yang ingin memancing di Sungai Lekar yang terletak kira-kira lima meter dari kawasan…

  • Lembu ‘tersado’ dikorbankan, manfaat 1,000 asnaf

    Lembu ‘tersado’ dikorbankan, manfaat 1,000 asnaf

    LEMBU ‘tersado’ di Malaysia seberat 1.2 tan yang dinamakan ‘Gemuk’ dipilih untuk ibadah korban kerana merupakan lembu yang terbaik. Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata Gemuk yang dianggarkan mempunyai nilai pasaran melebihi RM30,000 itu merupakan haiwan kesayangan seorang kanak-kanak perempuan. Beliau berkata Gemuk dibesarkan oleh seorang penternak bernama Muhammad Bakri Bukhari dari Bera, Pahang iaitu seorang pelanggan…

  • Ibadah korban dibenarkan selepas solat sunat Aidiladha

    Ibadah korban dibenarkan selepas solat sunat Aidiladha

    IBADAH korban dibenarkan bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah 1443H sebelum berakhir waktu Asar. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan itu melibatkan semua masjid dan surau yang berada dalam Wilayah Persekutuan. Katanya, pihak yang akan melaksanakan…

  • Tiada SOP tambahan bagi ibadah korban tahun ini – MAIK

    Tiada SOP tambahan bagi ibadah korban tahun ini – MAIK

    UMAT Islam di Kelantan dibenarkan melaksanakan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha tahun ini tanpa sebarang prosedur operasi standard (SOP) tambahan. Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz. Sehubungan itu, ibadah korban boleh dilakukan di mana-mana tanpa syarat tambahan seperti dalam…

  • Warga emas retak tulang belakang diserang lembu

    Warga emas retak tulang belakang diserang lembu

    SEORANG warga emas retak tulang belakang akibat diserang seekor lembu di hadapan rumahnya di Bandar Menjalara, Kepong, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki berusia 81 tahun dikatakan berdiri di hadapan pagar rumahnya untuk keluar. “Ketika itu, mangsa terlihat…

  • Waspada pakej ibadah korban palsu

    Waspada pakej ibadah korban palsu

    ORANG ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.  Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor…