Tag: khemah besar
-
Politik Malaysia perlu kompromi, pakatan selepas PRU perlu untuk bentuk kerajaan – Anthony Loke
SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke berkata, politik Malaysia perlu ada kompromi untuk negara bergerak ke hadapan. Sehubungan itu, beliau berpendapat meskipun kelihatan sukar untuk parti politik membentuk kerjasama sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), namun keadaan itu berbeza selepas PRU. Beliau percaya bahawa pakatan antara parti politik dan gabungan parti berbeza diperlukan untuk membentuk kerajaan selepas…
-
Ikut idea Rafizi bermakna BN menang besar PRU15?
Oleh KAMARUL KHAIRY RAFIZI Ramli menggesa ahli akar umbi PKR untuk memilih 20 calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dari kalangan pemimpin yang menolak idea untuk bekerjasama dengan gabungan atau parti selain Pakatan Harapan (PH) atau “khemah besar” pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Antara yang disenaraikan bekas ahli Parlimen Pandan itu ialah: Ahli Parlimen Johor…
-
[VIDEO] ‘Khemah Besar’: Bersatu tiada agenda tersendiri kecuali untuk PN
Oleh RAHIMI MOHAMAD PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak memiliki apa-apa agenda tersembunyi mengenai kerjasama ‘khemah besar’ dengan parti lain menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agenda yang didakwa tersebut bukanlah hanya untuk menguntungkan parti berkenaan sehingga mengenepikan kepentingan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN). Beliau bersetuju…
-
Antara mudarat kecil dan mudarat besar
Oleh KAMARUL KHAIRY PRESIDEN Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu mencadangkan agar parti-parti yang menentang Barisan Nasional (BN) agar mengadakan “electoral pact” atau persefahaman pilihan raya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelakkan undi mereka berpecah. Selain itu menurut Muhyiddin, ini bertujuan mengelakkan “golongan kleptokrat” yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak…
-
Kepartian sempit akan gagalkan ‘khemah besar’, kata penganalisis
PENDEKATAN khemah besar hanya akan berjaya sekiranya parti berminat mampu mengetepikan semangat kepartian sempit demi kepentingan nasional. Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata semangat kepartian itu dilihat masih menebal apabila ada pihak membayangkan kerjasama besar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan meletakkan pelbagai syarat. Katanya, tidak mustahil gabungan dibentuk tanpa…
-
Pas tidak sertai khemah besar kerana ada ‘tikus’, ‘kucing’ – Hadi Awang
PAS kekal dengan pendirian menyokong pendekatan perpaduan ummah sekali gus menolak kerjasama ‘khemah besar’ dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu enggan bersama dengan penghuni khemah besar yang diumpamakan sebagai tikus dan kucing yang boleh bercakaran antara satu lain. “Pas ada…
-
Salahuddin cadang Bersatu, Pas bincang di peringkat negeri soal ‘khemah besar’
TIMBALAN Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub mencadangkan perbincangan boleh diadakan melibatkan Parti Bersatu dan Pas yang kini menjadi pembangkang di Johor dan Melaka untuk menyertai khemah besar. Kata beliau, perbincangan itu atas kapasiti Bersatu dan Pas sebagai parti pembangkang di negeri terbabit dan ia berbeza dengan kedudukan mereka di peringkat Pusat yang menjadi sebahagian…
-
Tanpa Bersatu, PAS, berapa kerusi PH boleh menang?
Oleh MIKAIL FIRDAUS JIKA PRU-15 diadakan tahun ini atau awal tahun depan, berapa kerusi Pakatan Harapan (PH) boleh menang andai pemimpin seperti Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Lim Guan Eng terus ego menolak Bersatu dan PAS dalam khemah besar PH? Berapa pula negeri yang mampu PH tawan dan mampukah PH kalahkan Barisan Nasional (BN)? Bolehkah…