Tag: kereta terbabas
-
Kanak-kanak maut, tiga cedera kereta terbabas masuk gaung
SEORANG kanak-kanak lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam dua meter, di Lebuhraya Bahau-Kerayong, dekat Bandar 15 Melati, pada Sabtu. Mangsa, Muhammad Raziq Ramli berusia 11 tahun beralamat di Felda Kerayong 6, Muadzam Shah. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)…
-
Polis jumpa mayat reput ketika siasat lokasi kereta terbabas elak kelibat
POLIS menemukan satu mayat reput ketika menjalankan siasatan terhadap kemalangan kereta yang terbabas berhampiran persimpangan lampu isyarat Pekan Tambun di sini pagi ini. Mayat dipercayai perempuan yang sudah reput sejak beberapa hari itu, ditemui hanya pada kira-kira tiga meter dari kereta Proton Satria Aeroback yang terbabas ke dalam longkang berdekatan. Difahamkan sebelum penemuan mayat, pada…
-
Suami isteri maut, kereta terbabas
SEPASANG suami isteri meninggal dunia selepas kereta dinaiki terbabas ke bahu jalan di Kilometer (km) 292.4 Lebuhraya Utara-Selatan (LRUS) hala utara di Kampar, tengah malam tadi. Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan kejadian kemalangan pada pukul 12.34 tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pemandu, Tsia Kwai Weng,…
-
Pejalan kaki maut dirempuh kereta terbabas
SEORANG pejalan kaki maut dilanggar sebuah kereta Perodua Bezza dalam kejadian di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), berhampiran susur keluar Wisma Tani, pada pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku sekitar pukul 7.55 pagi ketika kereta tersebut dipandu seorang…
-
Kereta terbabas sebelum terbalik, wanita terbunuh, empat cedera
SEORANG wanita maut selepas kereta yang dinaikinya dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Sungai Siput-Khantan, Sungai Siput, Perak, malam tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai nahas pada jam 8.08 malam. “Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Proton Satria telah terbabas, lalu…
-
(TERKINI) Kanak-kanak lelaki lemas, kereta terbabas ke dalam tali air
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan lemas akibat terperangkap di dalam kereta, selepas kenderaan yang dinaikinya itu terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap dekat Kampung Gajah, Perak. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa Muhamad Harith Sulayman Mohd Hanis disahkan meninggal dunia, manakala ibunya,…
-
Bayi maut dalam pelukan ibu, kereta terbabas
SEORANG bayi perempuan berusia lima bulan maut selepas kereta dinaiki lima sekeluarga terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 33, Jalan Jerantut- Temerloh, Temerloh, Pahang malam tadi. Dalam kemalangan kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Miszara Amira Jaffery disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian dada. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik…