Tag: Johor
-
Rokok seludup bernilai RM1.83 juta dirampas
Polis Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 12,200 karton rokok putih bernilai RM1.83 juta hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori di Taman Fasa Indah, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan sekitar jam 3.20 pagi itu turut membawa kepada penahanan terhadap dua lelaki tempatan berumur 31 dan 47 tahun yang…
-
[VIDEO] Lang Mak Ku: Legenda Si Tanggang di Muar
KISAH Si Tanggang yang disumpah menjadi batu akibat derhaka terhadap ibunya sering dijadikan kisah tauladan agar anak-anak menghormati orang tuanya. Namun, kisah itu sering dikatakan tidak lebih daripada satu cerita rakyat ataupun rekaan semata-mata tatkala masih tiada catatan yang jelas menceritakan akan perkara ini. Walau yang sedemikian, bagi penduduk di sekitar perkampungan Bukit Treh, Muar,…
-
Polis Johor semak status siasatan kes penipuan ‘Jho Low 2’
POLIS Johor akan menyemak status siasatan berhubung kes penipuan pembelian hartanah berkait seorang ahli perniagaan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand, Jumaat lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata buat masa ini pihaknya belum dapat memberikan komen lebih lanjut sama ada lelaki berkenaan akan dibawa pulang ke negara ini untuk siasatan atau sebaliknya.…
-
Lelaki ditemukan mati, dipercayai dipukul isteri
SEORANG lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam satu kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, Johor, pagi tadi. Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira 7.50 pagi. Beliau berkata mangsa yang dikenali sebagai Lee Ming How, 44, ditemukan terbaring dalam rumah.…
-
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari
LELAKi yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas membunuh isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini. Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkahmah, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemuka Polis Diraja Malaysia (PDRM), pagi ini. Suspek lelaki berusia 25 tahun…
-
Empat mayat terapung ditemukan di perairan Johor
EMPAT mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di lokasi berbeza sekitar perairan Johor Timur, Kota Tinggi Johor, dalam tempoh 48 jam sejak 14 Jun. Penemuan itu dilaporkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menerusi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru. Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib…
-
Buang air di tepi jalan sempadan negara, dua individu dicari
DUA lelaki dicari kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan membuang air kecil di bawah pokok berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, Johor. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, berdasarkan gambar yang tular di media sosial kejadian jam 11.11 pagi kelmarin. Katanya, semakan mendapati kejadian berlaku…
-
Dua pekerja pembersihan kontrak maut terjatuh di Stadium Sultan Ibrahim
DUA pekerja pembersihan kontrak di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, maut terjatuh ketika membuat kerja-kerja pembersihan, tengah hari tadi. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi, didapati dua pekerja lelaki berusia 34 dan 35 tahun itu, maut di tempat kejadian. “Kedua (mangsa) warga tempatan dan…
-
Perancang perkahwinan lesap RM60,000 ditahan polis
PERANCANG perkahwinan yang dipercayai memperdaya beberapa pengantin di Johor dengan pakej perkahwinan bajet, namun gagal menyediakan perkhidmatan termasuk katering pada saat akhir ditahan polis semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata wanita berusia 50 tahun itu ditahan di bandar raya ini dan disiasat susulan 10 laporan yang diterima hingga 8 Jun lalu. Kerugian…
-
Bomba ambil masa 10 jam padam kebakaran 4 bot bawa muatan diesel
PASUKAN bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 10 jam bagi memadamkan kebakaran empat bot, termasuk tiga yang sarat muatan diesel di jeti nelayan Sungai Endau, Johor, tengah malam tadi. Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin, berkata tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Katanya, terdahulu, Pusat Gerakan…